July 6, 2012

MALAM NISFU SYAABAN : PERSEDIAAN KE BULAN RAMADHAN



   
Assalamualaikum wbt para pencinta ilmu yanga dirahmati Allah S.W.T.. semoga sentiasa berada dibawah lindungan dan naungan karunia Allah Ta’ala. Sehari demi sehari Syaaban berlalu meninggalkan kita. Tanpa disedari, tidak kurang daripada dua minggu lagi Ramadhan semakin menghampiri. Tetapi, belum pasti lagi sama ada kita mampu dan berkesempatan bertemu dengan Ramadhan yang mulia pada tahun 1433H ini. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya terdapat banyak kelebihan dan rahmat.

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain, Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah, jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh]

Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi bagi kita meningkatkan amalan pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur’an), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.

Walaupun amalan membaca Yaasin sebanyak 3 kali  dengan memohon tiga hajat utama  pada malam tersebut sebenarnya adalah tidak warid (tiada sandaran) dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun, piawaian untuk melakukan amalan sunat adalah tidak bertentangan secara keseluruhannya. Jika kita mahu membaca Yasin pada malam tersebut sama ada sebanyak sekali atau 3x sekalipun, teruskan dengan bacaanmu tanpa mempunyai perasaan ragu-ragu, yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang Melayu kita yang meletakkan kepercayaan bahawa ianya mesti dibaca 3x sehinggakan ianya menjadi wajib atas diri mereka.

Segala amalan sunat pada yang boleh dilakukan pada bagi menghidupkan malam yang penuh barakah tidaklah menjadi penghalang mahupun kesalahan besar yang tidak boleh dilakukan.  


Antara doa nisfu sya'aban yang boleh dibaca setelah selesai membaca surah Yaasin dan selesai solat.



Erti Doa Nisfu Syaaban:

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam.. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya.
Ya Allah Yang Maha Pengurnia tanpa dikuniai Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu Sebagai penjahat lagi terkutuk Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezeki dariMu

Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu Ya Allah, hapuskanlah dari suratanMu itu kejahatan yang tersurat tadi juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu sebagai orang yang berbahagia.... sentiasa beroleh rezeki menerima aneka kurnia dan kebajikan

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah Titahmu adalah haq dan benar tersurat dalam kitabMu yang diturunkan menerusi lisan Nabi Mu yang terutus yang bermaksud Allah sesukaNya menghapus dan menentukan sesuatu disisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia ini di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara

Hindarkanlah dariku segala petaka yang aku ketahuinya ataupun tidak bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya

Aku mohon rahmat Mu duhai Tuhan Yang Maha Pengasih dari sekalian Yang Mengasihani Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam pada penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya

Amin



Akhir kalam, semoga segala amalan kita kerjakan diterima, diberkati serta diredhai Allah S.W.T.. Semoga penulisan ini memberi sedikit sebanyak manfaat dalam jiwa sang pendamba ilmu tidak kira berpelajaran tinggi mahupun peringkat rendah. Bertegurlah jika terdapat sebarang kelemahan dan kecacatan dalam penulisan ini. Wallahu’alam..

Jika kita sudah terlepas peluang untuk beribadat pada Nisfu Syaaban tahun ini, ayuh, sama-sama menanam azam untuk tidak terlepas peluang ini pada tahun hadapan. Semoga kita semua boleh menjadi hamba Allah yang (muttaqin) bertaqwa insyaAllah.

Oleh,

Lajnah Penerangan dan Multimedia
Persatuan Mahasiswa Islam UTM

::PMI BERSAMAMU::

Blogroll

::Kuliah TafaQQuh::

::TERKINI::

penyokong

Followers

Blogger templates


Photobucket