Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua
PMIUTM dengan berbesar hati mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan-graduan Universiti Teknologi Malaysia yang telah berjaya menamatkan pelajaran di UTM berserta dengan segulung ijazah. Semoga kejayaan sahabat-sahabat mahasiswa sekalian dapat membantu masyarakat di luar sana.
Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya menjadi seorang graduan. Syabas dan tahniah diucapkan.







