May 23, 2012

CABARAN DEBAT DR MASZLEE MALIK KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN KETUA PEMBANGKANG



Skudai, 22 Mei 2012 - Satu tayangan perdana siaran langsung "Debat PTPTN" telah berjaya diadakan dengan usaha PMIUTM untuk menganjurkan dan cuba untuk mengumpulkan mahasiswa di dalam program tersebut di Arked Kolej 9, UTM. Debat PTPTN ini telah diadakan secara langsung melalui siaran "ASTRO AWANI" dan telah menemukan dua anak muda yang hebat dengan ideologi politik mereka yang tersendiri iaitu saudara Rafizi Ramli wakil Pakatan Rakyat dan Saudara YB Khairy Jamaluddin yang mewakili Barisan Nasional. Islam telah menggariskan panduan untuk berdebat iaitu

“Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa’, 4:59)




Siaran bermula sekitar jam 10.00malam dengan dipengerusikan oleh moderator Dr. Maszlee Malik. Di dalam debat ini terdapat tiga pusingan untuk saudara Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin untuk membentangkan ideologi mereka dan menampakkan kelemahan di dalam cadangan sistem pembiayaan pendidikan dan sistem pembiayaan pendidikan yang sedia ada di Malaysia ini. Kedua-dua pembahas telah memberikan hujah-hujah mereka dengan baik. Adakala sindir-menyindir di antara mereka berlaku dan ditambah dengan soalan yang agak realistik dan mencabar diberikan oleh Dr. Maszlee Malik kepada kedua-dua pembahas. 




Kehadiran mahasiswa UTM yang hadir untuk menyaksikan debat tersebut bertambah dari masa ke masa hingga habis tayangan tersebut. Di akhir debat tersebut moderator Dr. Maszlee Malik telah melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang untuk mengadakan debat dan cabaran itu disahut dengan tepukan dan sorakan oleh mahasiswa-mahasiswi yang hadir di dalam program tersebut untuk menunjukkan sokongan terhadap cabaran ini.




PMIUTM bersama-sama dengan mahasiswa UTM menyokong untuk debat ini diadakan oleh kerana terdapat banyak isu-isu yang perlu diketahui rakyat secara lebih jelas dan mendalam serta untuk menambah baik sistem pemerintahan negara. Semoga cabaran Dr. Maszlee ini disahut dan masyarakat mendapat peluang menyaksikan debat antara dua orang hebat negara iaitu Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Abdul Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pentas membentangkan hala tuju Malaysia mengikuti ideologi mereka.

Mari ikuti rentetan video debat PTPTN untuk mendengar secara lanjut hujah mereka.

PUSINGAN PERTAMA

PUSINGAN KEDUA

PUSINGAN KETIGA

PERGULUNGAN


Laporan oleh :
Muhammad Ridzuan bin Md Said
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Multimedia
Persatuan Mahasiswa Islam UTM
::PMI BERSAMAMU::

Blogroll

::Kuliah TafaQQuh::

::TERKINI::

penyokong

Followers

Blogger templates


Photobucket