Berikut adalah kenyataan rasmi PMIUTM berhubung isu pembatalan konsert The Times di UTM:
- PMIUTM menyokong pembatalan konsert ‘The Times’ di Universiti Teknologi Malaysia oleh pihak pentadbiran universiti berdasarkan falsafah UTM iaitu hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi maka Universiti Teknologi Malaysia berusaha secara menyuluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendaknya.
- PMIUTM kesal dengan segelintir pihak yang cuba mengaitkan PIMUTM sebagai dalang yang akan membuat kekecohan sekiranya konsert diteruskan.
- Pembatalan konsert ini bukanlah sepenuhnya di bawah kuasa PMIUTM sebaliknya di bawah kuasa pentadbiran Universiti setelah melihat bantahan yang diberikan oleh mahasiswa Islam (tidak semestinya PMIUTM), Unit Kebudayaan dan Pusat Islam UTM.
- Pembatalan konsert juga dibuat kerana kegagalan pihak penganjur merujuk dahulu kepada Unit Kebudayaan dan Pusat Islam UTM berkenaan Dasar Kebudayaan & Kesenian UTM 1993 dan Garis Panduan Kesenian, Hiburan dan Kebudayaan UTM.
- PMIUTM turut kesal dengan sikap MPMUTM yang sebelum ini bersama-sama menyatakan pendirian berhubung isu ini kepada pihak penganjur namun setelah konsert dibatalkan, MPMUTM mengeluarkan kenyataan menuduh PMIUTM merancang untuk menghalang konsert tersebut daripada menjadi kenyataan.
بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء
Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (H.R. Muslim)
Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (H.R. Muslim)
Mohd Zaki bin Haron
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia