Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia sangat mendukacitakan pihak Persatauan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM). Rancangan-rancangan yang tedapat di dalam ETP ini dilihat sebagai perosak modal insan rakyat Malaysia. Di dalam ETP ini, kerajaan telah mengumumkan untuk mewujudkan kawasan hiburan khas. Dengan membandingkan Malaysia dengan Indonesia, Singapura dan Thailand, kerajaan Malaysia mengambarkan bahawa industri hiburan di Malaysia jauh ketinggalan berbanding dengan tiga negara terbabit.
Langkah yang diambil untuk meningkatkan industri hiburan negara adalah dengan melanjutkan had waktu operasi untuk tempat hiburan, melonggarkan halangan atas nisbah artis asing dan melanjutkan tempoh sah visa bekerja artis-artis dan krew-krew antarabangsa berdasarkan jenis persembahan. PMIUTM melihat cadangan-cadanagan ini sebagai tidak relevan dengan satus budaya rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia seolah-olah melihat industri hiburan sebagai pemangkin utama ekonomi negara.
PMIUTM ingin menjelaskan bahawa hiburan yang ingin dibawa ini adalah hiburan barat. Membawa masuk hiburan barat akan menyebabkan budaya ketimuran rakyat Malaysia akan semakin terhakis. Dari konteks Islam, hiburan yang ingin diketengahkan ini jelas berlanggar dengan syariat yang ditetapkan. Pengwujudan kelab-kelab malam sebenarnya akan merosakkan masyarakat sekeliling.
PMIUTM ingin melahirkan rasa cukup kecewa apabila kerajaan Malaysia lebih mementingkan hiburan barat ini dengan cadangan membina infrastuktur dan mod pengangkutan yang mencukupi semata-mata untuk menjayakan hasrat menjadikan hiburan ini sebagai pemangkin ekonomi negara. Mahasiswa melihat kerajaan tidak meletakkan keutamaan yang sepatutnya kepada rakyat Malaysia. Seharusnya, infrastruktur dan mod pengangkutan ini dibina untuk masyarakat luar bandar yang masih lagi ketinggalan dari aspek perhubungan dengan bandar-bandar di negara ini.
PMIUTM mencadangkan kerajaan Malaysia agar fokus kepada membanteras gejala rasuah di kalangan rakyat negara kita. Sudah berapa banyak kerugian yang telah dialami akibat segelintir rakyat yang mengelapkan wang dan sebagainya. Sudah berapa banyak juga perbelanjaan negara dibazirkan untuk memperbaiki semula bangunan-bangunan atau infrastruktur awam yang dilakukan dengan sikap sambil lewa oleh pemaju yang dilantik oleh kerajaan. PMIUTM merasakan sekiranya masalah-maslaah lama yang telah menjadi barah kepada negara ini dapat diselesaikan sudah pasti Malaysia akan mempunyai ekonomi yang lebih sejahtera dan telus.
Mohd Nur Qadhir bin Awang
Naib Presiden 1
PMIUTM Sesi 2010/2011














