Tahniah atas Perlantikan TNC HEMA UTM

Prof Dr Mohd Ismail telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor UTM yang akan berkuatkasa pada hari ini sehingga tempoh tiga tahun. Nama penuh beliau ialah Prof. Dr. Mohd Ismail Abd. Aziz, sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa UTM.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

June 14, 2010

"Doakan kesihatan beliau"

Laporan oleh: Nurul Azlin Md Zain


14 Jun - PMIUTM dikejutkan dengan berita keadaan kesihatan ayah kepada bekas Naib Presiden PMIUTM, Ismail Sirajudin yang dikhabarkan berada dalam keadaan membimbangkan.

Saudara Ismail yang kini sedang menjalani latihan industri (LI) di Sabah diberitakan sedang mempengerusikan program bersama mahasiswa felda di sana ketika menerima panggilan kecemasan. Beliau bergegas pulang membawa ayahnya ke Hospital Besar Tawau.

Ketika dihubungi, beliau mengkhabarkan bahawa ayahnya kini ditahan di hospital berikutan komplikasi usus.

"Ayah dah lama mengalami masalah usus, tapi keadaan kali ni agak serius. Alhamdulillah, setakat ini keadaannya stabil. Cuma mungkin memerlukan pembedahan dalam masa terdekat. Doakan semuanya selamat", jelasnya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, bekas Presiden PMIUTM, Mohd. Amin Mohd. Hamami yang juga sedang menjalani latihan industri di Sabah melahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku. Beliau yang turut sama melawat ke hospital mengharapkan doa daripada sahabat-handai.

Mereka akan menamatkan latihan industri pada awal Julai ini dan kembali ke kampus.-myLPM

Blogroll

::Kuliah TafaQQuh::

::TERKINI::

penyokong

Followers

Blogger templates


Photobucket