Sumbangan Dana Padang

Bajet 2010

Muktamar PMI ke-7

Mahasiswa & Dakwah

Facebook: Pro & Kontra

Atasi Sikap Bertangguh

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Tuesday, March 31, 2009 0 comments

Satu sikap yang ada dalam setiap diri kita dan menjadi penyebab kepada kegagalan kita. Iaitu sikap bertangguh. Bertangguh maknanya kita dengan sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Sebaliknya kalau sesuatu kerja itu terpaksa diketepikan seketika kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi yang mesti disiapkan, maka itu bukanlah bertangguh.

Malangnya, ramai diantara kita atas alasan yang remeh temeh melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan. Mari kita renungkan seketika, kalau anda seorang pekerja di pejabat, apa agaknya kerja semalam yang anda tahu penting tetapi tidak dibuat. Mungkin ada borang yang perlu dilengkapkan dan dihantar; atau panggilan kepada pelanggan yang belum dibuat; atau projek yang belum disiapkan malah mungkin belum dimulakan; atau khidmat selepas jualan yang tidak dibuat meskipun berkali-kali anda ingatkan diri anda ia adalah penting. Bagaimana pula dengan urusan dirumah? Anda mungkin dah lama mahu mengecat rumah tetapi sehingga kini masih belum siap; atau menyapu lantai, menggosok baju, mengelap tingkap, mencuci bilik air.

Bagaimana pula dengan urusan peribadi anda? Anda tahu sudah tiba waktunya anda menghubungi ibu bapa di kampung; atau emel sahabat yang tidak berbalas dan SMS yang belum dijawab. Anda tahu berat badan mula bertambah dan sudah sekian lama anda mahu turunkan berat badan dengan menjaga diet dan melakukan senaman harian. Sudahkah ia dilakukan? Rambut yang semakin panjang sudahkah dipotong? Kalau direnungkan dengan ikhlas maka kita akan dapati terlalu banyak yang mahu dilakukan dan terlalu sedikit masa yang ada. Kalau tahu masa semakin sedikit kenapa dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak termasuk dalam senarai penting kita? Iaitu senarai yang kita tahu mesti dilakukan segera. Atau anda sebenarnya tidak pernah buat satu senarai pun selama ini? Segalanya hanya dirancang dalam kepala maka tidak hairanlah kalau anda lupa. Apabila kita bertangguh, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun.

Akibat dari rasa tertekan ini ialah kemurungan serta emosi yang tidak menentu. Kesihatan juga turut terganggu dan semua ini pasti menjejaskan produktiviti. Hasilnya, kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan sama ada dari kerjaya, akademik, kesihatan, ibadah, kewangan dan sebagainya.

Kenapa Wujudnya Sikap Bertangguh?

Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:

1. Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.

2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.

3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.

4. Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.

5. Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh. Bagaimana Mengatasinya? Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan.

Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini:

1. Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.

2. Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’.

3. Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga.

4. Cari cara untuk ingatkan kita. Contoh: Jam loceng, komputer, digital organizer dan sebagainya.

5. Sediakan segala keperluan lebih awal. Contoh: Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik!

6. Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita.

7. Tukar cara fikir atau ‘mindset’ kita.

8. Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku!

9. Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia. Contoh: TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna. Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek. Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.

10. Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu.

11. Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’.

12. Rehat yang cukup - Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid.

13. Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidap perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata.

14. Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.



Sumber : iluvislam

TM HEWI Kembali!

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Thursday, March 26, 2009 0 comments

Teman Muhasabah HEWI PMIUTM

Motivasi Kerohanian Menjelang Peperiksaan
Tarikh : 27 Mac 2009
Masa : 12.30 pm - 2.00 pm
Penceramah : Puan Hajjah Bon Nissa Binti Md Abdul Kadir
Tempat : Dewan Al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail
.:Makanan Disediakan:.
- Datang Beramai-ramai!!! -

Qiamullail Perdana
28 Mac 2009
Masa : 4.30 am
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail

FORUM Maulidul Rasul di Kolej Tunku Canselor

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Friday, March 20, 2009 0 comments


Forum ini menampilkan 2 orang ahli panel yang tidak asing lagi, Dr. Azhar B. Muhammad, Pengarah Masjid Sultan Ismail dan Ust. Mohd Rifqi B. Maidin dengan tajuk yang akan dibincangkan "Subuh Yang Terakhir: Detik-detik Kewafatan Kekasih Allah".

Seminar Cintaku dari Ilahi (CINDAI'09)

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Wednesday, March 18, 2009 1 comments

INTELEK '09 - Suntikan baru buat Mahasiswa

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Tuesday, March 17, 2009 1 comments



UTM Skudai :
Seminar Keintelektualan Mahasiswa (INTELEK’09) anjuran Persatuan Mahasiswa Islam dengan kerjasama Persatuan Sains dan Teknologi (PESAT) dan Persatuan Mahasiswa Pendidikan (PMP) telah berjaya diadakan pada 13 dan 14 Mac lepas iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu.

Forum “Dunia Baru Mahasiswa ” membuka tirai INTELEK’09 bertempat di N24. Kehadiran peserta forum amat mengalakkan apabila hampir 400 orang mahasiswa memenuhi dewan kuliah tersebut. Tajuk yang dikupas dalam forum tersebut adalah berkenaan dunia mahasiswa hari ini yang kian tertutup minda serta pemikirannya, hanya fokus pada pembelajaran semata-mata tanpa menghiraukan segala yang berlaku disekeliling.

Antara ahli panel yang dijemput khas untuk Forum "Dunia Baru Mahasiswa" ialah Ustaz Rifqi Maidin, Dr Arief Salleh, Timbalan Pengarah PPIPS dan En. Rosdi, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung cawangan Negeri Johor. Moderator pada forum tersebut adalah saudara Mohd Amin bin Mohd Hamami, Presiden PMIUTM.
Turut hadir dalam program tersebut adalah Ustaz Nasir b. Masroom selaku pegawai agama Hal Ehawal Pelajar.


Dewan forum hangat apabila ahli panel menyentuh dan mempersoalkan keterlibatan mahasiswa dalam semua isu yang berlaku sama ada isu diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Turut menjadi perbahasan dikalangan ahli panel mengenai isu PPSMI yang sedang hangat diperkatakan pada hari ini dan keterlibatan mahasiswa dalam menyatakan pendirian. AUKU, undang-undang yang selama ini menyekat potensi mahasiswa turut dibahaskan dalam forum tersebut. Kepelbagaian pandangan dikalangan ahli panel dilihat positif. Sekurang-kurangnya mahasiswa dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara atau isu yang berlaku.

Pada 14 Mac 2009 pula telah diadakan pembentangan kertas kerja oleh 3 penceramah yang dijemput khas. Program tersebut bermula dengan "Wacana Intelek" bersama Dato’ Prof Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah UNESCO-RCEP. Beliau banyak menyentuh pengalaman beliau bersama mahasiswa di dalam dan luar negara. Sesuatu yang menarik perhatian apabila beliau berbicara soal "Kebodohan Intelektual" dan "Kejahilan Sekolah" di kalangan masyakat kita pada hari ini.Gejala ini semakin menular dikalangan mahasiswa dan mahasiswi di kebanyakan IPTA/IPTS. Tetapi siapakah yang harus dipersalahkan dalam persoalan ini?, sama-sama kita fikirkan.

"Kembara Intelektual", itu yang diungkapkan oleh beliau agar mahasiswa yang tidak mempunyai kemampuan untuk mengembara secara fizikal dapat mengembara secara Intelektual dengan membanyakkan dan mempelbagaikan bahan bacaan seperti buku, jurnal dan majalah-majalah yang bermanfaat.

Seterusnya pembentangan kertas kerja “Pemikiran Merentasi Zaman” oleh cikgu Azmi, Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) yang banyak membicarakan soal realiti semasa dan penyakit yang melanda masyarakat. Persoalan sikap individualistik masyarakat yang menyebabkan semakin tipis rasa bertanggungjawab, Soal Matearialistik yang hanya mementingkan status benda dalam semua perkara, dan budaya komersialisme dalam setiap perkara dilakukan antara topik yang hangat dibincangkan dalam pembentangan kertas kerja tersebut.

Pembe
ntangan terakhir berkenaan tentang “Keajaiban Otak Manusia” oleh Prof Madya Dr Raden Budiyono dari Natural Health Sciences. PM Dr Raden yang mesra dengan panggilan Dr Raden telah menyentuh soal "Keajaiban Otak Manusia" dari sudut Sains dan Al-Quran. Ternyata yang hadir memberi respon yang baik dan banyak bertanya soalan berkenaan bagaimana untuk membangunkan potensi otak dalam membina keintelektualan mahasiswa.


D
i akhir program tersebut, Saudara Ismail Bin Sirajudin, Naib Presiden 1 PMIUTM merangkap Timbalan Pengarah INTELEK'09 telah memberikan ucapan penggulungan mewakili Presiden PMIUTM yang tidak dapat bersama pada hari tersebut.

"Persatuan Mahasiswa Islam UTM komited dan serius dalam usaha mengembalikan jati diri mahasiswa agar lebih berintelektual pada masa akan datang. Dalam usaha melawan arus Hedonisme yang semakin "menggila" pada ma
sa kini, kita akan cuba melawan dengan arus gelombang Intelektual dengan harapan gelombang yang kita bawa dapat menenggelamkan arus hedonisme di kampus UTM yang kita cintai ini." Jelas beliau pada ucapan penggulungan tersebut. -LPM PMIUTM-


Seminar Keintelektualan Mahasiswa ( INTELEK'09)

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Tuesday, March 10, 2009 1 comments



3 Panelis untuk Forum 13 MAC 2009

Masa: 9 - 11 malam
Tajuk: “Dunia Baru Mahasiswa”

1) Ustaz Rifqi Bin Maidin
2) Saudara Rosdi Bin Amir (Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Johor)
3) Dr Arieff Salleh Bin Othman (Timbalan Pengarah PPIPS)

Moderator : Sdr Mohd Amin Bin Mohd Hamami (Presiden PMIUTM)

Pembentang Kertas Kerja pada 14 Mac 2009
Masa:
9 Pagi - 5.30 petang

1) Ust Naem (Pensyarah PPIPS)
Tajuk: “IQ, EQ, SQ dalam membentuk pemikiran”

2) Cikgu Azmi Bin Abd Hamid (Pengerusi TERAS)
Tajuk: “Pemikiran Tokoh, Aplikasi Dalam Dunia Mahasiswa”

3) Prof Madya Dr Raden (Pakar Otak dan Penulis Buku " Keajaiban Otak Manusia")
Tajuk: "Keajaiban Otak Manusia"

Wacana Intelek bersama:

Dato' Prof Dr Ibrahim Ahmad Bajunid
Pengarah, UNESCO-Regional Center For Educational Planning (RCEP)

Untuk penyertaan dan sebarang pertanyaan, Hubungi:-
013-7143682
013-7975954


"TERBUKA UNTUK SEMUA WARGA UTM"

Bengkel PC Maintanence Mendapat Sambutan Menggalakkan

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Monday, March 9, 2009 0 comments

07 Mac, UTM Skudai: Bertempat di Makmal KPU 6, Aras 5, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UTM dengan kerjasama Persatuan Sains Komputer (PERSAKA) telah berjaya menganjurkan Bengkel PC Maintenance yang berlangsung pada 7 Mac 2009. Program ini telah berjaya menarik seramai hampir 40 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UTM tanpa mengira usia, kaum dan agama.

Dalam program yang berbentuk bengkel ini, para peserta didedahkan dengan pengetahuan tentang komputer, khususnya PC. Para peserta diberi penerangan tentang setiap komponen-komponen dalam PC serta fungsinya. Peserta-peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi peluang mengendalikan komponen-komponen dalam PC dengan bantuan fasilitator. Mereka juga berpeluang mengemukakan soalan-soalan kepada para fasilitator kumpulan masing-masing.

Kemuncak program ini ialah pada sesi "Formatting", di mana para peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara 'format' komputer dengan betul. Sepanjang bengkel ini berlangsung, saudara Ahmad Hafizuddin Ahmad Tajuddin yang juga merupakan Pengerusi Lujnah Penerangan & Multimedia (LPM) PMI bertindak selaku pengendali bengkel.

Setiap peserta juga dibekalkan dengan CD Windows XP, DVD software dan nota pembentangan. Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Dua orang peserta dari Fakulti Alam Bina, saudari Azhani dan saudari Suriani menyatakan rasa puas hati kerana telah mendapat input yang berguna sepanjang program seperti cara-cara untuk 'format' laptop dan komponen-komponen dalam komputer yang sebelum ini tidak diketahui.

"Program seperti ini harus diadakan lagi pada masa akan datang kerana bukan sahaja boleh meningkatkan kemahiran diri, malah kita boleh melaksanakan fardhu kifayah," kata saudari Sayyidah Nafisah, salah seorang peserta dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Wakil daripada PERSAKA, saudara Zulkarnain Azhar, menyatakan bahawa kerjasama dalam program ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak khususnya dan kepada mahasiswa UTM umumnya. Saudara Ahmad Hafizuddin mengharapkan agar kerjasama seperti ini akan diperbanyakkan lagi pada masa akan datang, bukan sahaja antara PMI dan PERSAKA, malah antara persatuan-persatuan lain di seluruh UTM.

Seluruh ahli jawatankuasa pelaksana Bengkel PC Maintenance mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

Ayah Timbalan Presiden PMIUTM meninggal dunia

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Saturday, March 7, 2009 0 comments

07 Mac, Utm Skudai : Ayah kepada Saudara Mohamad Firdaus Bin Abd Rahman, Timbalan Presiden PMIUTM telah kembali ke rahmatullah pagi tadi . Sehubungan dengan itu, Lujnah Kebajikan PMIUTM hari ini telah melancarkan derma kilat diperingkat kampus untuk diberikan kepada Keluarga beliau.

Sesungguhnya, berita pagi tadi amat mengejutkan saudara Firdaus kerana baru beberapa hari yang lepas, beliau telah mengambil cuti selama seminggu untuk menemani ayahnya yang berada dalam keadaan tenat dan terlantar di Hospital kerana mengalami kerosakan pada buah pinggang. Setelah kesihatan Ayah beliau kelihatan kembali pulih , Beliau telah pulang semula ke kampus untuk meneruskan sesi pengajian di UTM. Namun Ajal dan Maut adalah ketentuan Ilahi yang tidak dapat dihalang.

Beliau yang kelihatan tenang menerima berita tersebut Redha dengan ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah. Beliau telah bergegas pulang ke Kuala Krai, Kelantan pagi ini dengan menaiki kereta kancil dengan ditemani beberapa orang sahabat yang lain.

Seluruh warga PMIUTM mengucapkan Takziah kepada Saudara Mohd Firdaus Bin Abd Rahman. Diharapkan pemergian ayah beliau dapat dihadapi dengan tenang dan sabar. Semoga Roh Ayah beliau tergolong bersama orang-orang yang soleh...Amin. Al-Fatihah.

Pertandingan Busana Siswi

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Friday, March 6, 2009 1 comments

Bengkel PC Maintenance

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM 0 comments


Bengkel PC Maintenance anjuran Lujnah Penerangan dan Multimedia.

TM HEWI mendapat sambutan

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Tuesday, March 3, 2009 0 comments


UTM Skudai :Jabatan Hal Ehwal Wanita Islam PMIUTM telah berjaya mengadakan satu program, Teman Muhasabah HEWI (TM HEWI) yang telah dihadiri oleh Ratusan staf UTM dan Mahasiswi UTM. Program ini diadakan dengan kerjasama Masjid Sultan Ismail telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Ini adalah satu kejayaan yang amat bermakna buat “Team TMHEWI”. Pada program tersebut, Ustazah Thurayyah bin Othman telah menyampaikan Ceramah yang telah menyentuh persoalan haid wanita, larangan-larangan dan hukum-hukum yang berkaitan dengannya. Sebagaimana firman Allah :

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah : ‘Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan)mendatangkan mudarat’. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu ) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri ”. (Surah al-Baqarah : 222)

Manakala pada malam hari pula telah diadakan Malam Kebudayaan HEWI yang bertemakan “Permata yang dicari”. Majlis ini telah dirasmikan oleh mantan Presiden Jabatan Hal Ehwal Wanita Islam 2008, saudari Sutinah A. Safar. Pelbagai acara menarik telah berlangsung semalam. Antaranya ialah tilawah al-Quran, pembudayaan bahasa Arab, tayangan montaj, persembahan nasyid, zikir, deklamasi sajak berkaitan Palestin disertai dengan tayangan video dan ‘gadis lilin’, berqasidah, dan alunan asma’ ul-husna

Naib Presiden II PMIUTM merangkap pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam, Ustazah Noor Aini apabila di minta mengulas berkenaan program tersebut berkata:

“Malam kebudayaan ini diadakan bertujuan untuk menarik minat Mahasiswi UTM yang sukakan hiburan dengan memberikan mereka suatu kelainan dan alternatif hiburan menurut syariat Islam.

"Jangan kita jadikan hiburan itu matlamat kita tetapi jadikan hiburan sebagai “alat” untuk mendidik hati kita ke arah mencapai redha Ilahi. Ini kerana tidak dapat dinafikan naluri manusia itu memang suka akan hiburan. Justeru baginda sendiri memohon kepada Allah untuk menjauhi kesedihan sebagaimana doa baginda yang bermaksud “ya Allah aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah…” . Oleh itu, kami di peringkat HEWI PMIUTM akan berusaha dari semasa ke semasa untuk membawa kelainan kepada siswi-siswi melalui program sebegini rupa."

Malam kebudayaan HEWI berakhir dengan jamuan ringan untuk semua peserta yang hadir. Para peserta ber ’ibadah senyap’ di Masjid Sultan Ismail setelah selesai membaca Surah al-Mulk secara berjamaah. Pada pukul 4.30pagi keesokan harinya , semua peserta telah berqiamullail di masjid. Program tamat selepas berakhirnya kuliah Subuh yang telah disampaikan oleh Dr. Tamar Jaya Nizar.

Oleh :Noratiqah bt Mohd Sabri
Setiausaha Program TMHEWI

PMIUTMedia

Facebook PMIUTM

Download Seruan Jumaat

(Seruan Jumaat ini adalah terbitan semester lepas, untuk download Seruan Jumaat semester ini bakal menyusul sedikit masa lagi. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar artikel, bacaan menarik atau cadangan dan komen boleh menghubungi 013-7930998.)

Pengunjung