Muktamar PMIUTM kali ke- 7

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Friday, October 16, 2009
Laporan Oleh : Abdul Azim Bin Abd Jamil

Mantan Presiden PMIUTM menyampaikan ucapan dasar presiden

Skudai UTM, 16 Okt 2009 - PMIUTM hari ini telah mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-7 bertempat di Dewan Senat UTM Skudai. Muktamar yang diadakan ini merupakan program tahunan PMIUTM untuk melantik saf kepimpinan baru dalam menyambung mata rantai perjuangan pada masa akan datang.

Muktamar telah dirasmikan oleh Pegawai Agama HEPUTM, Ustaz Nasir Bin Masroom dan dihadiri oleh 150 orang ahli PMIUTM yang berdaftar. Dalam ucapan perasmian tersebut beliau mengharapkan agar PMIUTM meneruskan kerjasama dengan persatuan-persatuan Islam yang lain dengan lebih erat. Selain itu, selaras dengan hasrat Naib Cancelor UTM, Prof Dato' Dr Ir Zaini Ujang untuk memperbanyakkan program "global outreach", Ustaz Nasir mencabar PMIUTM pada sesi kepimpinan akan datang untuk melakukan sekurang-kurangnya satu program ke luar negara bagi meluas dan menimba pengalaman di negara-negara lain.


Tema ucapan dasar Presiden PMIUTM pada muktamar kali ini adalah "Teknokrat Dakwah Memimpin Ummah. Gagasan yang dibawa oleh beliau itu telah menarik minat para muktamirin dan muktamirat untuk berbahas bagi memastikan sesuatu yang terbaik untuk PMIUTM

Selepas ucapan dasar presiden dan pembentangan laporan akhir lujnah-lujnah PMIUTM, muktamirin dan muktamirat telah berbahas beberapa calon untuk dilantik sebagai pimpinan PMIUTM. Beberapa orang ahli PMIUTM yang berdaftar telah dibahas dan telah dilantik secara bulat suara oleh muktamirin dan muktamirat yang hadir. Pimpinan PMIUTM untuk sesi 2010 adalah :

Presiden : Mohd Khairul Bin Abdullah Halim

Timbalan Presiden : Mohd Zaki Bin Haron

Naib Presiden 1: Mohd Hafizuddin Bin Misbah

Naib Presiden 2 (HEWI ): Saidatun Nur bt Awang

Setiausaha Agung: Afiqah Auni bt Muhammad

Bendahari: Izmar Hafizi Bin Omar

Semoga pimpinan baru yang dilantik dapat membawa PMIUTM ke membawa mahasiswa dalam memimpin perubahan ke arah lebih baik pada masa akan datang.

4 comments

  1. ismaryzal Says:
  2. salam tahniah...satu kalungan tahniah buat sahabat-sahabat kepimpinan baru...insyaallah tampuk kepimpinan kali ini akan meneruskan lagi dakwah dan pentarbiyah terhadap ahli secara khususnya dan untuk mahasiswa utm secara amnya...cuma satu harapan saya agar tampuk kepimpinan kali ini dapat memikirkan satu mekanisme yang dapat menarik lebih ramai lagi warga kampus dalam memenuhi kerusi kosong setiap kali program dijalankan, dan juga dapat menanamkan komitmen setiap ahli dalam menjalankan sesuatu program dimasa akan datang...

     
  3. Salam tahniah buat pimpinan lama.. Takziah buat pimpinan baru.

    Firstly, alhamdulillah sbb PMIUTM sesi 2009 tlh byk buat pmbaharuan yg signifkn utk diteruskn oleh barisan soff yg baru.. Moga sesi kali ini lebih CERGAS utk memacu agenda "teknokrat dakwah".

    Last, mf byk sgt brbhs dlm mktmr.. Sbnrnya skdr nk cambahkn FIKIR srta KREATIVITI adek2 utk mjwb prsoalan2 yg diutarakan..

    Apapun tahniah kpd semua Ahli srta Pimpinan PMI.. Dan, byk lg yg PERLU n BOLEH diperbaiki.. Syukran wa jazaakallahu khairan jaza'!

    p/s-Kpd LPM: Mcm nielah kt nk.. Update on time.. Tahniah buat ahli2 n bkl pimpinan LPM sesi 2010. Lg1, sy masih menunggu kptsn "baru" utk status POST-GRADUATE.. Mhn dperjelaskn lg slps ini.

     
  4. Salam...

    tahniah dan takziah buat pimpinan PMIUTM yang baru. Semoga dapat membawa PMI lebih jauh lagi dan memantapkan lagi agenda dakwah di kampus UTM...

    Buat mantan Pimpinan teruskan perjuangan kerana kita berkerja untuk Islam bukan kerana pangkat atau semangat. semoga istiqomah.

    ~Together With PMIUTM~

     
  5. Kecewa kerana tiada sesi perbahasan usul dan cadangan.

    http://muhammad-hafiz.blogspot.com/2009/10/antara-masalah-teknikal-dengan.html

    Antara Masalah Teknikal Dengan Keberlangsungan Organisasi

     

PMIUTMedia

Facebook PMIUTM

Download Seruan Jumaat

(Seruan Jumaat ini adalah terbitan semester lepas, untuk download Seruan Jumaat semester ini bakal menyusul sedikit masa lagi. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar artikel, bacaan menarik atau cadangan dan komen boleh menghubungi 013-7930998.)

Pengunjung