Anugerah Merdeka : Kejayaan Yang Harus Dicontohi.

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Tuesday, October 20, 2009
Laporan : Abdul Azim Bin Abd Jamil


Skudai,20 Oktober 2009 - Naib Canselor UTM, Dato'Prof Ir Dr Zaini Ujang merupakan salah seorang daripada empat penerima Anugerah Merdeka tahun ini yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Filharmonik Petronas.

Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah ini bertepatan dengan sumbangan beliau dalam bidang pengajian dan akademik dalam pelbagai inisiatif alam sekitar berkaitan bekalan air, kumbahan, pemulihan sungai dan ekologi perindustrian.

Selain Dato'Prof Ir Dr Zaini Ujang, penerima lain yang menerima anugerah tersebut adalah Tun Dr Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Gan (kategori pendidikan dan komuniti)dan Prof Dr Halimaton Hamdan (kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi).Tun Dr Fatimah Hashim adalah bekas Pro-Canselor UTM 1995-1998 dan Prof Dr Halimaton Hamdan merupakan Professor Kimia UTM.

Sementara itu, Presiden PMIUTM Saudara Mohd Khairul Bin Abdullah Halim ketika ditemui melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan ikon-ikon UTM tersebut.

"Pihak PMIUTM melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan tiga tokoh UTM ini diperingkat negara dan antarabangsa. Kejayaan mereka ini seharusnya dijadikan motivasi kepada mahasiswa UTM khususnya mahasiswa Islam UTM untuk terus beriltizam untuk mencapai kejayaan" katanya lagi.

"Pencapaian yang ditempa oleh tiga tokoh UTM ini akan menjadi aspirasi kepada mahasiswa Islam UTM untuk terus berusaha terutamanya ketika minggu peperiksaan akhir yang semakin dekat ini. Selain itu saya juga menyeru seluruh mahasiswa Islam UTM sentiasa menjadikan kejayaan tokoh-tokoh seperti ini sebagai pembakar semangat semasa belajar disamping menjadikan Rasulullah dan tokoh-tokoh Islam lain sebagai contoh" katanya lagi yang baru dilantik sebagai presiden PMIUTM 2010.

Anugerah Merdeka telah diilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Badawi yang diusahakan secara bersama oleh Petronas, ExxonMobil dan Shell.-mYLPM-

0 comments

PMIUTMedia

Facebook PMIUTM

Download Seruan Jumaat

(Seruan Jumaat ini adalah terbitan semester lepas, untuk download Seruan Jumaat semester ini bakal menyusul sedikit masa lagi. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar artikel, bacaan menarik atau cadangan dan komen boleh menghubungi 013-7930998.)

Pengunjung