“Bukankah lebih baik duduk bilik dan menelaah pelajaran daripada berjalan ke sana ke mari mengetuk pintu bilik orang? Tidakkah lebih elok kiranya kita menjalani kehidupan sehari-harian tanpa perlu mencampuri urusan peribadi orang lain? Kenapa tidak dibiarkan sahaja pemuda pemudi Islam bergaul bebas dan menaiki kenderaan bersama? Salahkah seseorang lelaki itu membawa perempuan yang bukan mahramnya
naik motor satu UTM?”
Kalau anda seorang muslim yang lemah iman, amat sedikit ilmu agama (dan tidak mahu cari lagi), berpegang kuat dengan kebebasan hak asasi secara mutlak dan mempunyai pemikiran yang terlalu bebas, kata-kata di atas mungkin datangnya daripada anda. Maaf, artikel ini mungkin menyinggung anda, tetapi saya mohon anda buka minda luas-luas supaya maksud artikel ini sampai kepada anda.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuan kita yang Terutama dan Termulia, Maha Mengetahui segala sesuatu termasuklah diri kita sendiri, telah lama memerintahkan hamba-Nya supaya menjalankan kempen UTM Say No To Bonceng. Buktinya?
"Hendaklah ada dalam kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka itulah golongan yang berjaya."
- Surah Ali Imran ayat 104
"Suruhlah orang lain berbuat baik dan jangan biarkan mereka buat jahat, dan bersabarlah dengan cubaan yang menimpa dirimu."
- Surah Luqman ayat 17
"Ajaklah manusia ke jalan Tuanmu (Allah) dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka secara baik."
- Surah al-Nahl ayat 125
Banyak kali Allah SWT dengan lidah Rasul-Nya memerintahkan kita supaya mengajak kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Dalil-dalil di atas hanya sebahagian daripada sekian banyak nas al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam melakukan sedemikian. Maka, benarlah bahawa Allah telah lama memerintahkan hamba-Nya melakukan aktiviti amar makruf nahi munkar seperti kempen antibonceng ini.
Perbuatan bonceng motosikal antara bukan mahram adalah suatu kemungkaran. Hal ini kerana perbuatan tersebut mendedahkan lelaki dan perempuan ajnabi kepada pergaulan bebas yang jelas dilarang dalam Islam. Tidak perlulah dijelaskan lagi tentang batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Anda boleh cari nas-nas yang sahih darihal perkara ini, yang pastinya melarang pergaulan bebas seperti membonceng motosikal.
Kuasa memilih
Kita sebagai hamba tidak diberi oleh Allah sebarang kuasa, kecuali satu : kuasa untuk memilih. Kita, dengan ihsan-Nya, diberi kebebasan untuk memilih jalan yang ingin dituruti. Dengan anugerah akal dan nafsu, disertai godaan-godaan duniawi, kita perlu bijak membuat keputusan sama ada hendak memilih jalan A atau jalan B, jalan bersimpang-siur atau jalan lurus, jalan cantik tapi membawa ke gaung atau jalan berlubang tapi membawa ke istana. Pilihlah dengan
bijaksana.
Bagaimanapun, setelah kita memilih sesuatu jalan, kita tidak boleh memilih akibat atau consequences jalan itu. Sebagai contoh, kalau kita pilih jalan yang cantik tadi, kita tidak boleh pilih untuk tidak masuk gaung di hujung jalan. Sama juga kalau kita pilih jalan berlubang, kita tidak boleh elak daripada melanggar lubang, dirintangi kayu balak, berhadapan dengan haiwan liar dan pelbagai dugaan lagi untuk sampai ke istana. Semua consequences itu perlu kita hadapi kerana kita tiada kuasa untuk mengelaknya. Namun, bantuan daripada Pembina jalan itu yakni Allah sentiasa ada, cuma perlu minta sahaja dengan cara yang baik.
Dalam konteks kempen antibonceng ini, pihak jawatankuasa dengan sukarela bertindak selaku pembantu kepada golongan yang salah pilih jalan. Mereka tidak bermaksud untuk mencari populariti dan sebagainya. Yang mereka mahu hanyalah menyelamatkan golongan ini daripada terus melalui jalan yang nampak indah tetapi sebenarnya menuju ke gaung berapi. Para penggerak kempen mahu supaya mahasiswa UTM khususnya yang muslim bebas daripada pelukan maksiat yang akhirnya menjerut leher si pelaku itu sendiri. Kita tidak mahu lebih ramai umat Islam terjerumus ke lembah kemungkaran, oleh sebab itu lubang-lubangnya perlu ditutup.
Inilah sebenarnya usaha yang sedang dijalankan dengan giat sekali di UTM ini. Usaha tetap diteruskan meski ada segelintir yang membantah dan memprovokasi dengan cemuhan dan sebagainya.
Akhirul kalam, semoga para penggerak kempen UTM Say No To Bonceng dapat terus menggiatkan usaha membanteras gejala maksiat khususnya dalam kalangan warga UTM sendiri. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kumpulan yang dijamin syurga oleh Allah dan diberikan balasan yang baik atas usaha murni ini.
Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin
Mahasiswa Tahun Pertama
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
http://masterfaiz.blogspot.com

Artikel ini telah diterbitkan di blog saya dengan tajuk KERJA BODOH!! dan KERJA BODOH!! (bahagian 2).
Yang tersiar di blog PMI ini sebenarnya bukan artikel penuh.
Sekadar makluman.
Terima kasih..