Selepas meninggalkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 23 tahun lalu, hanya beberapa kali saya singgah di kampus Jalan Semarak itu meskipun sering melintasinya ketika pulang dari pejabat.
Namun pada 11 Ogos lalu, saya tergerak untuk mengikuti syarahan perdana Naib Canselor, Prof Dr Zaini Ujang, bertajuk Universiti, Kreativiti, Inovasi. Dan memang berbaloi saya mengorbankan 'waktu tidur petang' selepas menyiapkan deadline Harakah.
Zaini, 43, naib canselor termuda, merupakan teman lama sewaktu aktif dalam gerakan pelajar sekitar 1984-86. Walaupun tidak berkesempatan menyerlahkan sepenuhnya daya kepimpinan beliau sewaktu menggerakkan Persatuan Mahasiswa UTM, bakat alam Zaini cukup terserlah.
Intipati syarahannya pada petang Selasa itu mengingatkan saya idealisme Zaini yang tidak pernah pudar. Tanggapannya terhadap konsep universiti, budaya ilmu dan tugas kesarjanaan kekal segar.
Ini tidak menghairankan; Zaini dikenali sejak mahasiswa sebagai ulat buku, pencinta ilmu, yang kemudiannya penulis prolifik yang memenatkan para editor di Penerbit UTM Press!
Bayangkan untuk tahun ini sahaja sudah enam judul bukunya diterbitkan.
Antara lain Zaini mengungkapkan senario semasa yang perlu diubah: "... betapa menjadi pensyarah tidak lagi memerlukan kemantapan intelektual dan kesegaran idealisme terhadap akademia ... Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi, 'kegilaan membaca dan menulis' dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting.
"Tidak ada lagi debat atau diskusi ilmiah tentang isu-isu pokok yang membabitkan perkembangan isu semasa dalam arena politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi. Kalaupun ada jarang sekali dianjurkan. Itu pun dengan segala macam syarat dan perkiraan supaya tidak bersifat sensasi dan sensitif. Akhirnya aktiviti kampus yang sepatutnya meriah ilmu menjadi hambar dan lesu ..."
Walaupun kehadiran Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah adalah untuk merasmikan majlis syarahan perdana itu, namun ucapannya juga menggugah pemikiran dan mencetuskan minat audien.
Agak lama tidak mendengar pak menteri bercakap dengan nada dan lenggok Saifuddin, terutama selepas Anwar Ibrahim dipecat. Kupasannya tentang dunia ilmu nampak original dan selari dengan Zaini.
Lebih dari itu, secara peribadi saya melihat Saifuddin mempunyai 'keberanian' tersendiri khususnya apabila membicarakan soal idealisme mahasiswa dan kaitan dengan dunia politik.
Dalam satu program Astro Awani, Saifuddin ditanya hal pembabitan mahasiswa dengan pergolakan semasa. Timbalan menteri dalam jawapannya banyak memberi ruang buat pelajar untuk bereksperimen. "Biar mahasiswa menentukan diri mereka sendiri," begitulah antara yang beliau sering tekankan.
Dari sudut ini, saya kira, jalur pemikiran Saifuddin nyata berbeza dengan rakan-rakannya dalam Umno dan kerajaan. Malah ketika menyampaikan ucaptama dalam kongres anjuran Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), 8 Ogos lalu, beliau dilaporkan memuji penganjurnya kerana lantang berjuang supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti dipinda.
Dalam sidang media selepas itu, Saifuddin berkata, selepas pindaan Auku, mahasiswa boleh terlibat lebih banyak dalam politik.
Ditanya sama ada kementeriannya telah mengenal pasti mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi anti-ISA, 1 Ogos, Saifuddin hanya menjawab "tidak ada". Lebih menarik apabila beliau menyoalnya kembali: "Apa masalahnya dia hendak demonstrasi?"
Saifuddin dan Zaini mungkin dilihat sebagai watak-watak baru yang diharap berupaya memecahkan kongkongan lapuk di kampus-kampus, yang sekian lama menderita terpasung.
Malangnya lebih ramai pentadbir universiti, apatah lagi golongan penguasa, yang terus terikat dengan pendekatan kuno, dan meletakkan warga kampus dalam penjara terbuka.
Oleh: Ahmad Lutfi Othman
Sumber : Harakahdaily.net



Salam.. nk komen sikit utk team2 pmiutm. kenapa tak tapis dulu sebelum sesuatu post/artikel dimasukkan dalam blog ini? bukan ke ini blog rasmi bg pmiutm. bukannya blog peribadi? jgnlah disebabkan oleh satu post pmiutm ini akan dipulaukan. pmiutm nie bkn 'for all' ke, means kenapa tak memasyarakatkan pmiutm ini untuk mahasiswa/i di utm? program hanya berbentuk dalaman, berjalan sekitar ahli-ahli. contohnye karnival wanita yang baru berlansung pd 7-9 Ogos yang lepas. cubelah buka hati dan minda untuk merancang program bagi semua mahasiswa/i di utm ini. sy paham selalunye pmi mana-mana ipta pun sukar diterima, tetapi jika kita ambil inisiatif yang positif dan proaktif untuk menjalinkan hubungan sosial yang positif antara pmiutm dan mahasiswa/i utm mungkin ada hasil yang terbaik dari baja/benih yang kita taburkan di tanah utm ini. kita tak boleh tanamkan benih kita hanya di suatu tempat sahaja, kerana kita tidak tahu tanah mana yang lebih subur. jangan fikirkan kenapa orang tak suka ape yang kita buat, tetapi fikirkanlah ape yang patut kita buat untuk orang gemar dan suka ape yang kita nk buat. Dan apabila sudah membuat sesuatu janganlah cepat berpuashati dengan apa yang diperolehi hasil dari program yang dijalankan, sebaliknya belajar dari sebarang kejayaan dan kegagalan untuk lebih memantapkan gerak kerja untuk program-program yang akan datang. Jika tiada idea untuk menganjurkan sesuatu program, ringan2kan lah mulut, kaki dan tangan untuk bertanya kepada persatuan-persatuan lain yang telah jalankan program yang lebih hebat. Lupakanlah seketika ideologi masing-masing untuk kita sama-sama berganding bahu untuk membangunkan modal insan mahasiswa/i utm. bak kata pepatah lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. janganlah dijumudkan pemikiran, bersikap lebih terbuka dan terbuka untuk menerima cadangan dan pandangan dari orang lain. mungkin ada perkara yang lebih baik orang lain fikirkan itu lebih sesuai digunapakai dari ape yang kita fikirkan sesuai. maklumlah nilai jangkauan pemikiran seseorang kan berbeza-beza. jadi tak mustahillah kita ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. janganlah bila kita dipilih menjawat jawatan yang lebih tinggi, kita rasa kita sorang je yang betul.Bila berada di atas kita tidak mahu melihat ke bawah lagi walaupun untuk seketika. Sekian dulu komen sy buat kali ini.
salam.nak komen juga. em pmiutm wat program hanya tuk ahli?or org mcm pljr SHR yg tak nak join?rasanya dekat iklan kawan dah bgtau terbuka kpd sume mahasiswa/i utm, dan bukannya ditulis sebagai penyertaan hanya tuk ahli pmi sj.lu pikir la snd.=)
Salam.. janganlah cepat sangat melenting...hehe klu tak pikir tak tulih cek oi... takkanlah nk main tulih je. sy pun tau etika penulisan... klu nk tau sy merupakan salah seorang penaja untuk salah satu sesi bengkel yang dijalankan. sy tau program KAWAN nie untuk semua mahasiswi tp yang terlibat kebanyakkannya ahli2 pmiutm jgk... buktinye semasa bengkel yang pihak kami ajar tempoh hari, penyertaan dibuka untuk 30 orang, tetapi yang join bengkel tersebut tak sampai separuh pun. yang joinnye pun kebanyakkannya org2 pmiutm n mungkin dikalangan ahli2 kelab iqra'. takkanlah kat utm ni tak ramai orang time KAWAN dijalankan? sedangkan time program dibuat, bukannya time cuti semester pun. sejujur dan seikhlas hati sy nyatakan, sy tidak pernah jumpa ajk publisiti di fakulti atau dimana-mana kafe. bukan sy je yang tak jumpe, ade jgk sy tanyakan pd staf2 utm, kebanyakannya tidak tahu mengenai program KAWAN. takkanlah bagi komen dan pandangan yang membina takleh kot.. rilekslah, if anon nie berada dikalangan pimpinan atau ahli pmiutm sedihnye dgn cara tulisan awk lu pikirlah sendiri... or awk yang tak pikir sebelum menulis? hehehehe... terbatal hasrat hati untuk join pmiutm, baik join promahasiswa... best sikit, diorang open minded sikit. Bebas utk kita bercakap ape sahaja. klu join pmiutm takleh ckp lebih2 nanti rumah pmiutm bergegar... susah plak klu roboh nnt. takpelah malas dah nk tulih lebih2 kat sini,buat penat jari-jemari je semuanya sia-sia jika takleh terima pandangan dari orang lain. JIKA KAU MELIHAT LANGIT YANG SEDANG KAU JUNJUNG, JANGANLAH KAU LUPA UNTUK MELIHAT RUMPUT YANG SEDANG KAU PIJAK. KERANA RUMPUT ITULAH YANG KAU TITI SETIAP HARI BAGI MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM DI BUMI ALLAH INI....jazakallah...
Sebenarnya, jika dilihat faktor sekitar juga menjadi peranan penting. Sebenarnya juga, ahli pmiutm dah berusaha untuk mendekati mahasiswa dengan program-program yang dianjurkan, cuma penerimaan mahasiswa sahaja yang tidak menggalakkan. Andai kata, ramai yang memberi sokongan/menyertai aktiviti yang dianjurkan, sudah tentu ia dianggap berjaya. Namun, hakikatnya tidak sedemikian.
Minda mahasiswa sudah di set, bahawa aktiviti agama yang dianjurkan oleh pmi tidak setanding dgn aktiviti persatuan yang lain. Kalau nak dibandingkan bengkel yang dianjurkan pmi dgn pertandingan menyanyi oleh persatuan lain, sudah tentu aktiviti pmi ketinggalan jauh sekali. Kesimpulannya, pemikiran seperti ini
"Program berhibur seperti menyanyi serta hiburan adalah lebih best" menjadikan aktiviti pmi ketinggalan. Sekadar pendapat.
bagi saya ajk publisiti telah cuba melakukan yang terbaik. setiap jumaat CREW KAWAN turun ke setiap cafe bagi tujuan promosi, poster digantung bagi tujuan menarik perhatian dan blog KAWAN juga memaparkan perjalanan aktiviti. selain itu kehadiran bengkel yang kurang juga mungkin bagi saya ajk publisiti pusat mengharapkan publisiti ajk bengkel mampu mencari penyertaan sendiri dan tidak hanya terlalu bergantung kepada publisiti pusat KAWAN. faktor lain seperti terlalu banyak karnival yang diadakan sebelum ini juga menyebabkan student menjadi jemu dan kawan juga terpaksa bersaing dengan karnival kerjaya yang diadakan di DSI. kredit harus diberikan kepada semua yang terlibat dalam KAWAN. mungkin penganjuran pertama ini dilihat kurang berjaya tapi saya yakin dan percaya mereka banyak belajar dan mampu untuk mengadakannya pada masa akan datang tambahan pula rata-rata ajk adalah junior. teruskan kilauan mu wahai serikandi. jadikan ini sebagai pengajaran untuk mencipta kejayaan pada masa hadapan insyaAllah.
Salam.. betul ckp anon n pencari sinar tue.. buat setakat buat program je kite perlu bersaing tp semua segi kita perlu bersaing. sebab tulah pmiutm perlu memikirkan cara yang berkesan untuk menarik mahasiswa/i untuk dtg ke program anjuran pmiutm. gerai-gerai masa KAWAN pun sy tgk suram je, ala-ala hidup segan mati tak mahu. banyak khemah tanpa peniaga. kebanyakkannya menjual tshirt labuh untuk muslimat. anggapan sy mungkin tidak meleset jika dikatakan kebanyakkan gerai kering yang dibuka ketika itu adalah gerai2 mahasiswi yang ingin menjual produk mereka. sy ingin cadangkan jika ada karnival yang besar seperti itu ingin dianjurkan lagi, mungkin tapak gerai boleh dibuka pada orang luar, leh juga menambah pendapatan. klu boleh pelbagaikanlah gerai jualan, janganlah hanya 3/4 jenis barang je yang dijual. barulah sedikit sebanyak dapat menarik perhatian mahasiswa/i lain untuk datang ke program pmiutm. semua orang didunia nie sukakan hiburan, tapi kenapa pmiutm tidak mengambil itu sebagai peluang untuk menarik perhatian mahasiswa/i di utm ini. untuk menarik orang mengikuti kita, kita perlulah mengikut rentak mereka dahulu. bile dah rapat barulah mereka tidak segan untuk join program pmi. janganlah buat program ikut selera hampa ja, kenalah pikir ape objektif n motif sebanar pmi ditubuhkan.. nk sentuh sikit bab publisiti... buatlah poster yang besar sikit, mudah orang nak baca. janganlah buat macam poster calon PRKampus.. poster yang diletakkan dalam blog pun macam susah je orang nk explore ape benda yang ada kat KAWAN nie.. Publisiti kan main task untuk sesuatu program, kejayaan sesuatu program lazimnya berkait rapat dengan publisiti, jika hebat publisitinya, hebatlah sambutannya. memang banyak karnival yang dijalankan sebelum ini, pmiutm kenelah brainstorm untuk buatkan kelainan yang bombastik dari karnival-karnival yang lain tue. tapi ape2 pun sempat jugaklah sy merasa char kuey teow(terpaksa sebab saya tiada pilihan) di malam majlis penutup KAWAN sambil menonton pementasan modul keluarga sakinah yang ala2 kelam kabut sikit... sekian untuk kali ini...
Assalamualaikum,
Penganjuran sesuatu program mestilah mempunyai unsur2 kreatif yang dapat menarik minat warga kampus, malah perlu bersesuaian dengan pemikiran dan tahap intelektual sebagai mahasiswa. Hiburan itu dibenarkan tetapi perlu dibataskan. Kepada SHR, memang ana bersetuju bahawa kita perlu berbincang dengan pelbagai pihak untuk menjana idea yang kritis dan kreatif. Namun, bukan semua pemikiran dan ideologi boleh diterima sewenang-wenangnya... landasan syarak tidak boleh dikesampingkan.. bagi ana tak ada gunanya program yang mendapat sambutan hangat dari mahasiswa tetapi mendapat kemurkaan Allah.. Wallhua'lam.
_SEKADAR PENDAPAT_