Kristianisasi : Sudahkah UTM Bersedia?

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Sunday, July 19, 2009

Minggu ini kampus negara digemparkan dengan penangkapan 9 penganut Kristian di Universiti Putra Malaysia (UPM) atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian kepada mahasiswa universiti tersebut. Penangkapan ini telah mendedahkan gerakan penyebaran agama tersebut terhadap golongan mahasiswa. Penangkapan di UPM ini juga tidak bermakna gerakan ini hanya beroperasi di sana. Gerakan ini sebenarnya ada di setiap kampus seluruh negara termasuklah UTM sendiri. Cuma bezanya, belum ada penangkapan lagi di lakukan di UTM setakat ini.



Gerakan ini yang mempunyai moto "Win the campus today, win the world tomorrow" begitu berusaha menarik mahasiswa Islam yang lemah untuk menganut agama Kristian. Visi mereka "One faculty, One IFC movement" dengan IFC bermaksud influencers for Christ. Mereka lebih tertumpu kepada golongan cerdik pandai seperti mahasiswa kerana golongan inilah yang berpotensi tinggi untuk menyebarkan agama Kristian buat kelak. Bagi mereka, mahasiswa kampus berpotensi untuk mencorakkan dunia. Mahasiswa bakal menjadi pemimpin dalam kerajaan, media, pendidikan, perniagaan, dan gerakan Kristian seluruh dunia.

Di UTM sendiri, saya amat takut sekiranya dakwah secara besar-besaran dilakukan oleh gerakan kristianisasi ini dilakukan. Lihat sahajalah keadaan mahasiswa UTM hari ini. Budaya hedonisme yang menjadi ikutan kebanyakkan mahasiswa bagaikan menjadi satu kemestian kepada mereka. Bilangan kehadiran ke program-program yang melalaikan melebihi bilangan kehadiran ke program-program ilmu. Jika berjalan merentasi bilik-bilik di blok kediaman, telinga kita disajikan dengan lagu-lagu hiburan. Pemakaian mahasiswa-mahasiswi kita lebih terarah meniru kepada artis-artis barat.

Budaya 'coupling' juga menjadi satu fenomena yang sudah dianggap satu kebiasaan. Mahasiswa-mahasiswi berjalan berpegangan tangan boleh dilihat di sana di sini. Membonceng berlainan jantina seperti bukan satu kesalahan. Terbaru, kematian seorang mahasiswi di Kolej 9 ketika bersalin masih menjadi tanda tanya. Yang tertulis di atas hanyalah sebahagian daripada bermacam-macam lagi masalah yang timbul dalam kalangan mahasiswa UTM. Kelekaan mahasiswa ini menjadi kebimbangan kita emua kerana sekiranya dakwah yang dilakukan oleh gerakan kristian itu berhasil, maka ramailah mahasiswa kita yang akan kecundang.

Selain daripada gerakan kristianisasi ini, kebanjiran warga Iran di UTM juga membimbangkan saya. Bukannya saya takut pada mereka kerana tubuh mereka yang besar tetapi pemesongan aqidah mereka yang saya takuti. Aqidah syiah mereka boleh merosakkan pemikiran mahasiswa kita yang mempunyai pegangan aqidah yang lemah. Semester yang lalu sahaja mereka telah membuat onar dengan melakukan pesta haram di kampus kita. (berita lebih lanjut di sini)

Pegangan aqidah yang kuat menjadi benteng utama yang dapat menyelamatkan seorang muslim daripada kekufuran. Sekiranya aqidah mahasiswa di UTM teguh pasti tidak ada seorang pun mahasiswa muslim UTM yang menerima dakwah mereka.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ كَلِمَةً۬ طَيِّبَةً۬ كَشَجَرَةٍ۬ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٌ۬ وَفَرۡعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ تُؤۡتِىٓ أُڪُلَهَا كُلَّ حِينِۭ بِإِذۡنِ رَبِّهَا‌ۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَڪَّرُونَ وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ۬ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ ٱجۡتُثَّتۡ مِن فَوۡقِ ٱلۡأَرۡضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ۬

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24) Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25) Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26)
[Ibrahim, 14 : 24-26]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pihak Universiti termasuk Pusat Islam UTM, dan gerakan-gerakan Islam mahasiswa PMIUTM dan Kelab Iqra' perlu memainkan peranan penting dalam menyelamatkan mahasiswa kita. Aktiviti sosial mahasiswa perlu dipagari dan diganti dengan aktiviti keagamaan yang pelbagai supaya suasana biah solehah dapat diwujudkan di kampus kita. Namun, usaha ini tidak akan berhasil sekirannya mahasiswa itu sendiri tidak membantu dalam menyelamatkan aqidah mereka.

Wallahu A'lam

Mohd Ainuddin bin Khairuddin
Mahasiswa Jurusan Senibina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia

1 Responses to Kristianisasi : Sudahkah UTM Bersedia?

  1. Halimah Says:
  2. Gerakan ini mmg dah ada di UTM. dan besar kemungkinan juga di mana2 kampus seluruh negara,cuma belum didedahkan lagi..saya pernah melihat sendiri flyers yg mereka sebarkan di UTM suatu ketika dulu,di mana turut diberitakan dlm flyer itu; mereka sedang dlm usaha mengkafirkan beberapa pelajar muslim di UTM.terkejut?? sbg seorang ... Read Morepelajar muslim,kita wajib berperanan.. terus suburkan atmosfera Islam di kampus. serangan2 thdp Islam spt ini semakin bertubi2 dikeranakan umat semakin lemah berpegang pada akidah dan syariat Islam.Kalau mereka (kristian) gencar mendakyahkan agamanya, kenapa tdk kita,mendakwahkan agama yg dimenangkan Allah atas semua agama?? Wallahua'lam

     

PMIUTMedia

Facebook PMIUTM

Download Seruan Jumaat

(Seruan Jumaat ini adalah terbitan semester lepas, untuk download Seruan Jumaat semester ini bakal menyusul sedikit masa lagi. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar artikel, bacaan menarik atau cadangan dan komen boleh menghubungi 013-7930998.)

Pengunjung