Konsert "Battle Of The Band" atau di indahkan sedikit namanya menjadi "7 Rythm of the Champion" telah memberikan kesempatan kepada pimpinan PMIUTM untuk bertemu dengan pihak pentadbiran bagi membincangkan isu ini yang sentiasa menjadi kontroversi setiap kali Konvokesyen. Mesyuarat tersebut juga telah menemukan Pimpinan PMIUTM dengan "orang Islam" yang memperjuangkan konsert Battle Of the Band yang ternyata merosakkan akhlak dan nilai jati diri mahasiswa.
Mesyuarat kali ini memerlukan sedikit persiapan kerana terpaksa berhujah untuk memastikan konsert itu tidak diadakan pada pesta konvo baru-baru ini. Timbalan Presiden PMIUTM, Saudara Mohd Firdaus Bin Abd Rahman bersama Naib Presiden 1 PMIUTM, Ismail Sirajudin telah bermesyuarat hampir satu jam lebih dan telah di pengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor yang baru. Cara beliau (TNC) yang sedia mendengar pandangan dari semua pihak melihatkan keprofesionalan beliau dalam mengendalikan mesyuarat dan berinteraksi dengan pimpinan pelajar.

"Pihak AJK Pelaksana konvokesyen memulakan pembentangan kertas kerja konvo. Isunya hanya satu, mereka berkeras untuk mengadakan konsert tersebut walaupun pada asalnya program itu telah dibatalkan dengan mengemukan alasan bahawa
"konvokesyen tinggal 3 hari lagi dan penyertaan untuk konsert telah melebihi 20 kumpulan, lagi pun mahasiswa juga inginkan hiburan. Setelah lama belajar, mereka juga ingin merehatkan minda. kenapa nak halang? dan Kalau nak halang pun, Kenapa pihak atasan tidak menghalang konsert-konsert yang diadakan sebelum-sebelum ini.?....kami diperingkat AJK Konvo akan pastikan konsert ini tidak melanggar dasar kebudayaan yang telah digariskan oleh UTM ...dll"
Hujah itu disambung oleh seorang ahli mesyuarat yang turut menyokong konsert itu diadakan. "Biarkanlah orang yang nak pergi ke konsert tu, yang taknak pergi tu tak payah pergilah, kalau kita tak buat konsert didalam kampus ni, dorang akan tetap buat dekat luar..lebih baik kita buat dekat kampus,lagi terkawal...dan jangan kita asyik bercakap soal hukum... walaupun saya x tahu sangat tentang agama..tapi....dll.."
Disebabkan Keterbatasan masa yang ada untuk mengubah perancangan asal pesta konvo.TNC terpaksa membuat keputusan untuk membenarkan konsert tersebut walaupun telah dibantah oleh PMI kerana telah melanggar dasar kebudayaan yang UTM telah tetapkan dari beberapa aspek. Pihak AJK Konvo yang mengatakan tidak melanggar mana-mana dasar kebudayaan UTM hanya mendengar pengalaman senior tanpa merujuk kepada Dasar Kebudayaan UTM itu sendiri.
Ternyata isu ini tidak hanya terhenti di mesyuarat tersebut sahaja apabila Ust Hafiz Abdullah, Timbalan Pengarah Masjid sultan Ismail, telah menentang konsert tersebut sekeras-kerasnya dalam khutbah jumaat beliau. Ternyata yang hadir pada solat jumaat tersebut berpuas hati dan menyatakan sokongan penuh kepada Ust Hafiz.
Beberapa hari sebelum konsert diadakan pula, satu mesej berangkai seluruh kampus UTM telah disebarkan untuk dihantar kepada Timbalan Naib Canselor sebagai tanda protes. Siapa yang memulakan??wallahua'lam..Kesannya, TNC terpaksa mematikan hand phone seharian kerana telah menerima ratusan SMS bantahan dari kalangan mahasiswa, staf dan pensyarah. Respon Ini menunjukkan masyarakat kampus UTM telah menolak sepenuhnya penganjuran konsert tersebut.
Pagi itu,seperti yang dijangkakan, Pimpinan PMI sekali lagi dipanggil untuk membincangkan isu tersebut. Pengarah Kebudayaan, timbalan pendaftar dan pihak keselamatan telah duduk berbincang bersama PMI agar perkara itu diselesaikan dengan cara yang baik. Ternyata desakan dari semua pihak berjaya apabila Pengarah Kebudayaan UTM, PM Zahid menyatakan bahawa dia berjanji Konsert Battle Of the Band kali ini adalah yang terakhir dan akan menyemak semula dasar kebudayaan UTM agar selari dengan tuntutan syarak. Namun konsert itu tetap juga akan dijalankan pada kali ini.
Pada hari kejadian konsert battle of the band pula, Wakil Pengarah Kebudayaan telah memberikan sedikit peringatan (tazkirah) agar semua yang hadir sama ada peserta atau penonton tidak berlebihan dalam melakukan persembahan dan sokongan. Walaupun tidak berjaya di batalkan tetapi bantahan yang dibuat telah menunjukkan keberjayaan mendesak AJK Konvo mengasingkan antara tempat duduk lelaki dan perempuan. Saya merasakan, konsert battle of the band UTM kali ini antara konsert battle of the band yang "TERSOPAN" di dunia setelah sekian lama konsert ini dianjurkan.
Bantahan ini bukanlah atas dasar kebencian kepada sesuatu pihak tetapi atas dasar keprihatinan kami PMIUTM dalam memastikan jati diri mahasiswa tidak terus dirosakkan dengan perkara-perkara yang tidak menyumbang kepada pembangunan modal insan.



Assalamualaikum...
Tahniah kpda pihak PMI dan semua yg terlibat dlm konvesyen membatalkan battle of the band..walaupun tdak dapat membatalkan knsert itu tp ,,ia adalah kali terakhir diadakan..
dan dapat dilihat ramai yg memberi sokongan dan membantah konsert sperti itu dijalankan..
Oleh itu,,terdetik dihati saya untk membuat coretan ape yg terbuku dihati dan rase tangjawab sya sebagai hamba ALLAH..
Rasenyer tidak semua yg mengetahui DINER PALAPES LAUT UTM yang diadakan pda tiap2 thn memerlukan stiap anggota palapes mmbawa pasangan ke majlis itu..Jd majoriti drpda anggota palapes membawa pasangan yg bukan Mahram sebagai psangan..
Di majlis itu juga selain makan diaadakan aktiviti karaoke dan menari,,,
saya berharap pihak PMI dapat perjuangkan hal ini kerana saya slaku anggota palapes laut berasa tidak perlu dan boleh majlis seperti ini dijalankan di universiti,,
kerana ape yg sya th disebalik selesai majlis ini ada pasangan yg terbabas jauh dari landasan agama..
saya juga telah bertanya pada pihak jabatan agama ISLAM dan maklumbls yg sya trima majlis sperti ini haram dijalankan..
kerana berunsur maksiat dan membawa psangan yg bukan mahram adalah salah..
persoalan ini juga telah ditnya pda seorang hamba ALLAH dan sya sertakan jwapan yg telah diberikan..seperti dibawah.
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya dan mendapat kepastian dalam satu perkara yg terjadi di universiti.Palapes navy ada menganjurkan makan malam yang mewajibkan membawa pasangan masing-masing.Dalam majlis itu ada aktiviti tarian antara lelaki dan perempuan mengikut lagu yang dimainkan.Saya pernah membangkang dan mengutarakan perkara ini dengan rakan tetapi mereka cakap tidak salah.Jadi harap saya dapat jawapan yang betul.
Saya berharap Ustaz dapat memberi jawapan yang pasti secara ditir
Sekian
waalaikumussalam,
1. Tidak harus seseorang menghadiri pergi sesuatu majlis yang banyak atau ada unsur-unsur maksiat untuk memenuhi jemputan semata-mata. Jika ia pergi juga maka berdosalah ia kecuali jika dengan pemergiannya ke majlis itu akan dapat mencegah maksiat yang ada di dalam majlis itu, maka bolehlah ia pergi, bahkan digalakkan ia pergi.
2. Perbuatan itu dilarang dan haram hukumnya kerana majlis itu majlis maksiat dan haram membawa pasangan samada mahram atau bukan mahram.
3. Ini jelas dari firman Allah yang menyebut : "Dan janganlah kamu mendekati zina" (Al-Isra' : 32) ; demikian juga hadis : "daripada seseorang lelaki itu bersibuk-sibuk (berhampir-hampir atau bersebelah) dengan wanita yang bukan mahramnya, lebih eloklah ia bersibuk-sibuk dengan seekor Babi yang bergelumang kotor dengan tanah" (Riwayat At-Tabrani), terdapat satu lagi hadith nabi yang beerti : "Hindarilah diri kamu dari keluar masuk dalam majlis wanita" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
3. Disebut dalam kaedah fiqh: “Redha dengan kekufuran itu adalah kufur, dan redha dengan maksiat adalah juga maksiat.”
4. "Dari Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Apabila kamu diundang menghadiri walimah (perkahwinan), maka hendaklah kamu datang". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Walaubagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu, antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan tidak ada jemputan lain yang mendahului jemputan orang yang menjemput itu. Selain dari itu hendaklah di tempat majlis itu tidak ada sesuatu perkara yang mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.
5.Untuk mengetahui hukum menghadiri sesuatu konsert atau persembahan hiburan, perlu diketahui terlebih dahulu apa yang ada pada majlis tersebut. Jika ada disana perempuan dewasa yang menyanyi dan suaranya didengar oleh pendengar lelaki yang bukan mahram kepada penyanyi perempuan tersebut maka hukum majlis tersebut adalah majlis maksiat. Maka majlis yang seperti ini haram hukumnya kita hadir. Tiap langkah yang kita hayun akan mendapat satu dosa. Jika 100 langkah bermakna kita mendapat 100 dosa dan malaikat pula melaknat orang yang keluar dari rumahnya menuju ke tempat2 seperti ini.
Orang2 yang terlibat mempromosi atau mengiklankan majlis tersebut akan mendapat dosa mengikut bilangan orang yang hadir. Maka jika 20 ribu orang hadir pada majlis tersebut, dia akan mendapat 20 ribu dosa. Turut sama berdosa semua yang terlibat seperti jurukamera, pemuzik, pengerusi majlis dan lain-lain.
Dalam sebuah hadith nabi saw memberi amaran yang bermaksud :
"Siapa yang pergi ke tempat perempuan bernyanyi dan mendengar suara nyanyiannya maka akan dituang ke dalam dua lubang telinganya pada hari akhirat dengan timah yang mendidih."
Berkata imam Ghazali r.a. :
"Siapa yang menggunakan telinganya untuk mendengar nyanyian perempuan yang bukan mahramnya maka dia telah kufur nikmat telinga dan telah kufur pula nikmat kaki kerana menggunakan kakinya untuk pergi ke tempat tersebut."
Sebaiknya kita gunakan masa yang ada untuk mengahadiri kuliyah2 agama disekitar kawasan kita agar hidup lebih bermakna dan terhindar dari kemurkaan Allah swt.
diharapkan coretan ini akan diambil serius oleh pihak PMI dan UTM khususnya dupaya mengkaji semula majlis yg dilakukan oleh pihak PLAPES LAUT..
hal ini kerana pda bulan 6 nati kan diadakan mjlis sebegini yg melibatkan semua plapes laut dr semua universiti yg terlibat sempena meraikan anggota palapes yg akan ditauliahkan...
seperti mane kita ketahui UTM menjadi tuan rumah pada pentauliahan PALAPES kali ini...
sekian..
Tahniah atas kelantangan suara saf kepimpinan PMI dalam menangani masalah Hendonisme. Semoga usaha kalian menemui kejayaan dalam mewujudkan suasana ilmu dalam universiti. Saya doakan kalian terus berjuang..ameen..
adakah battle of the band ini juga diprotes atas dasar muzik itu adalah haram dan instrument bertali yg digunakan pada pertandingan trsebut juga adalah haram?