13 Jan, Skudai : Pertemuan tiga mata antara PMI, PRO-M dan MPP telah diadakan bagi membincangkan isu sekitar kampus. PMIUTM terpanggil untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pimpinan mahasiswa bagi merangka strategi demi kepentingan warga kampus.
Inisiatif untuk bertemu dan berbincang dengan MPP ini telah lama dirancang, namun Jadual Presiden, Saudara Amin yang terlalu padat membataskan PMIUTM untuk bertemu lebih awal dengan MPP. Presiden MPP, Saudara Abdul Hadi Bin Abdul Halim yang mesra dengan panggilan Hadi dengan hati terbuka menerima kunjungan hormat dari PMI dan PRO-M dan ditemani rakan seperjuangan beliau, Nadia.
PMI telah membuka perbincangan dengan membentangkan beberapa isu serta permasalahan yang berlaku di kalangan Mahasiswa. Pertemuan pertama kami kali ini merupakan percambahan idea dan perkongsian pandangan berhubung dua isu besar yang bersifat semasa iaitu isu berkaitan nilai mahasiswa hari ini dan juga perkembangan sekitar perjalan konvo kecil yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Presiden PMI, Saudara Amin Bin Mohd Hamami dalam kenyataannya bertegas bahawa isu berhubung nilai mahasiswa hari ini perlu dipandang serius oleh MPP selaku Jawatan kuasa tertinggi dalam kepimpinan Mahasiswa.
Tiga agenda besar telah di bawa sepanjang pertemuan singkat antara PMIUTM, PRO M dan MPP.
1) keruntuhan akhlak serta masalah sosial yang kian parah
2) lunturnya nilai kepimpinan mahasiswa
3) daya intelek mahasiswa terhakis
Apabila Menyentuh berkenaan akhlak dan masalah sosial di UTM, isu yang telah ditimbulkan oleh PMI dan ProM antaranya Permasalahan dedah aurat yang semakin menjadi-jadi dikalangan mahasiswa, isu bonceng sesama bukan mahram, kod etika pemakaian yang semakin diabaikan serta pelbagai lagi masalah akhlak dan moral masyarakat mahasiswa telah dibawa untuk dibincang bersama. Perbincangan tersebut dapat dijalankan dengan baik apabila kedua-dua pihak menyatakan pendirian yang sama berkenaan isu tersebut.
Unit Maklumat PRO-M UTM juga telah membekalkan Kertas Kerja Pesta Konvokesyen kali ke-42 sebagai bahan untuk dimuhasabahkan diperingkat pemimpin tertinggi pelajar. Seperti yang tertulis di atas Kertas Kerja konvo, Mohd Khairul Azizat Johari dari Kolej Tuanku Canselor, telah terpilih sebagai pengarah untuk memimpin perjalanan Pesta Konvo kali ini. Beliau telah merangka pelbagai strategi bagi memastikan Pesta Konvo kali ini meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.
Namun, terdapat beberapa perkara yang dilihat tidak sesuai oleh PMI dari segi status keintelektualan mahasiswa itu sendiri berkenaan soal pengisian aktiviti konvo. Tercatat di muka surat 23 kertas kerja konvo,item 4.12, di sana dinyatakan perbelanjaan untuk Konsert Artis Tempatan adalah sejumlah RM 10,000 manakala hanya RM 1000 disediakan perbelanjaan ini untuk Forum Perdana. Bagi mereka yang bertuhankan ideologi sekularisme dan bermazhabkan budaya hedonisme, kritikan ini sedikit pun tidak memberi kesan buat mereka. PMIUTM berpandangan ianya mesti dikaji semula memandangkan falsafah disebalik konvo jauh berbeza dengan apa yang telah dirancang.

Menyingkap perspektif Konvokesyen terutama yang dijalankan oleh UTM sendiri dari segi nilai falsafahnya, pengisian Pesta Konvo sepatutnya tidak akan sama seperti yang telah berlaku pada tahun-tahun lepas.
Ini kerana Konvokesyen diadakan adalah bertujuan untuk meraikan kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh mahasiswa sama ada di peringkat diploma, ijazah sarjana muda mahupun ijazah kedoktoran. Konvo juga membuktikan UTM sebagai pusat ilmu yang telah mencetak bukan sekadar ilmuan malah pemimpin-pemimpin negara.
Justeru, penilitian dan penilaian semula kepada pengisian konvokesyen perlu dilaksanakan agar lebih relevan dengan situasi akademik dan nilai kemahasiswaan itu sendiri. Nilai hedonisme perlu dikurangkan untuk menjadikan konvokesyen yang akan datang sebagai tempat untuk menterjemahkan nilai keintelektualan Mahasiswa pada mata masyarakat umum yang datang sepanjang pesta konvokesyen berlangsung. Sekian. LPM PMIUTM.

0 comments