Prof. Dr. Marzuki TNC (Inovasi dan Penyelidikan) UTM

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Tuesday, January 20, 2009
UTM Skudai: Pengarah Pusat Universiti Malaysia-Jepun, Prof. Dr. Marzuki Khalid dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Bahagian Inovasi dan Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi tempoh tiga tahun iaitu mulai tahun ini hingga 2012.

Prof. Dr. Marzuki, 50, merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang inovasi serta penyelidikan dan dilantik menjadi TNC selepas Jawatankuasa Pemilih dianggotai Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor menyokong pelantikannya memegang jawatan itu. Beliau menerima diploma 'First Class' dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dan Anugerah Pelajar Terbaik daripada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1980. Beliau menyambung master di Cranfield Institute of Technology, United Kingdom dan menerima PhD dalam bidang Neuro-Control di University of Tokushima, Jepun pada tahun 1994. Beliau turut mendapat anugerah "International Exchange Award for Outstanding Research Accomplishment" daripada Graduate School of Engineering di University of Tokushima, Jepun dan anugerah daripada C&C Foundation, NEC, Jepun (1992). Lagi mengenai Prof. Dr. Marzuki

Pemilihan beliau selaras dengan dasar baru UTM yang sedang menuju menjadi universiti berteraskan penyelidikan kerana kelayakan memegang jawatan dalam bidang penyelidikan robotik dan kecerdasan buatan (Centre for Artificial Intelligence and Robotics (CAIRO)).

Beliau berkata, jawatan TNC penting kerana ia membabitkan banyak tanggungjawab dan berharap dengan kepercayaan Jawatankuasa Pemilih itu, mampu melaksanakan dasar baru UTM sekali gus mengharumkan nama universiti. Pihak Persatuan Mahasiswa Islam UTM mengucapkan tahniah atas pelantikan Prof. Dr. Marzuki sebagai TNC (Inovasi dan Penyelidikan) dan mendoakan agar beliau mampu merealisasikan dasar penyelidikan universiti.

0 comments

PMIUTMedia

Facebook PMIUTM

Download Seruan Jumaat

(Seruan Jumaat ini adalah terbitan semester lepas, untuk download Seruan Jumaat semester ini bakal menyusul sedikit masa lagi. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar artikel, bacaan menarik atau cadangan dan komen boleh menghubungi 013-7930998.)

Pengunjung