Muktamar Agung PMIUTM

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Thursday, January 15, 2009

Pimpinan Baru PMIUTM sesi 2009

Skudai, 14 Januari: Persatuan Mahasiswa Islam UTM hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agung bagi melantik kepimpinan baru bag sesi 2009. Mesyuarat agung ini telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Hal Ehwal Pelajar bermula pukul 5 petang sehingga pukul 12.00 tengah malam. Mesyuarat Agung telah dihadiri oleh hampir 300 ahli PMI serta perwakilan dari Kelab Iqra, JKSK, JKM dan Majlis Perwakilan Mahasiswa yang baru.

Mesyuarat agung ini telah di rasmikan oleh Penasihat PMI, Dr Sulaiman Bin Kadikon. Pilihanraya kampus yang baru selesai diadakan semalam sedikit sebanyak telah menghangatkan suasana Mesyuarat Agung PMIUTM pada kali ini.

Tema "Satu Hati" yang dilontarkan oleh Mantan Presiden PMIUTM, Ust Khairul Azly bin Zahan pada mesyuarat Agung kali ini menyeru agar semua ahli pmi dan persatuan-persatuan Islam yang lain, kelab-kelab kerohanian Kolej agar bekerjasama dan bersatu padu bagi memastikan agenda dakwah dapat diperkuatkan dan diperkasakan dari masa ke semasa.

Pelbagai isu telah ditimbulkan dan dilontarkan oleh para Muktamirin dan muktamirat yang hadir sepanjang mesyuarat Agung PMI berlangsung. Namun, Masa yang terlalu singkat menyebabkan pengerusi tetap terpaksa memendekkan masa perbahasan ucapan dasar Presiden, perbahasan laporan aktiviti dan kewangan.

Seterusnya pembubaran kepimpinan PMIUTM sesi 2008 yang telah disempurkan oleh mantan Presiden PMIUTM sendiri dan juga perbahasan bagi memilih kepimpinan PMIUTM yang baru. Seramai 6 Jawatan dalam Majlis Eksekutif PMIUTM telah dipertandingkan dan diperbahaskan oleh semua muktamirin dan muktamirat yang hadir.

Setelah dibahas dan dipesetujui oleh majoriti ahli PMIUTM yang hadir, Jawatan bagi Presiden PMIUTM telah diamanahkan kepada Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Manakala Mohd Firdaus Bin Abd Rahman sebagai Timbalan Presiden PMIUTM dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Ismail Bin Sirajudin sebagai Naib Presiden 1 PMIUTM dari Fakulti Kejuruteraan Awam, Noraini Bt Ramli sebagai Naib Presiden 2 PMIUTM (HEWI) dari Fakulti Pendidikan, Wahyu Waheeda sebagai Setiausaha Agung PMIUTM, dan Norsalliana sebagai Bendahari Agung PMIUTM.

Kepimpinan baru ini diharapkan dapat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaiknya. Seluruh ahli PMIUTM diharapkan dapat terus komited bersama PMIUTM dan membantu pimpinan yang baru dilantik dalam melaksanakan agenda Dakwah untuk menyebarkan luaskan Islam di kampus UTM yang kita cintai ini dan seterusnya ke medan yang lebih luas diluar sana. Wallahua'alam

1 Responses to Muktamar Agung PMIUTM

  1. tahniah kepada saudara firdaus bin abd rahman. teruskan berjuang menegakkan agama..dari classmate 501, batch spm 2005, yg duk disebelah anda semasa dalam kelas

     

PMIUTMedia

Facebook PMIUTM

Download Seruan Jumaat

(Seruan Jumaat ini adalah terbitan semester lepas, untuk download Seruan Jumaat semester ini bakal menyusul sedikit masa lagi. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar artikel, bacaan menarik atau cadangan dan komen boleh menghubungi 013-7930998.)

Pengunjung