Mahasiswa UTM Mengecam tindakan Israel

Posted by Persatuan Mahasiswa Islam UTM Friday, January 2, 2009
UTM Skudai,2 Januari 2009: Keganasan Zionis terhadap umat Islam di Palestin pada 27hb Disember 2008 lepas telah meletuskan api kemarahan Umat Islam di seluruh dunia. Rentetan daripada peristiwa tersebut, lebih kurang 800 Mahasiswa Islam UTM yang terdiri daripada pimpinan-pimpinan pelajar, staf-staf UTM telah berkumpul di perkarangan Masjid Sultan Ismail UTM bagi menyatakan ketidakpuashatian terhadap kekejaman yang menyebabkan hampir 400 nyawa terkorban dan 2000 yang lainnya cedera di Palestin.

Himpunan aman hari ini dimulakan dengan Laungan-laungan Semangat 'hidup Islam',hancur yahudi' sambil diselang selikan dengan laungan Takbir untuk menarik perhatian golongan-golongan mahasiswa bagi bersama-sama di dalam himpunan tersebut. Pelbagai Sepanduk dan poster yang mengutuk kekejaman Israel telah di naikkan. Turut bersama-sama dalam perhimpunan hari ini adalah Pelajar-pelajar antarabangsa (Indonesia, Iran, Palestin, Turki dll) yang menuntut di UTM Skudai

Himpunan hari ini telah diketuai oleh Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami, selaku wakil Mahasiswa Islam UTM . Beliau telah memberikan sedikit ucapan bagi menaikkan dan membangkitkan semangat bencikan Israel. Ini merupakan respon dari mahasiswa UTM terhadap tindakan Israel yang telah menafikan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Saudara Amin juga meminta umat Islam pada keseluruhannya supaya memberikan bantuan dan sumbangan semampu yang boleh bagi memastikan saudara seakidah kita di palestin tidak terus teraniaya oleh kekejaman Zionis. Selain itu, beliau juga meminta supaya Umat Islam khususnya di UTM memboikot barangan-barangan yahudi dan tidak menggunakan produk-produk keluaran Yahudi ada di dalam negara kita.

Seterusnya, Perhimpunan aman di akhiri dengan bacaan Doa oleh Saudara Firdaus Bin Abd Rahman. Perhimpunan Aman yang dianjurkan hampir 45 minit ini secara keseluruhannya dilihat berada dalam keadaan aman dengan bantuan daripada pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas bagi mengawal keselamatan sepanjang program. Diharapkan , sedikit usaha yang telah dilakukan oleh mahasiswa UTM pada perhimpunan kali ini, dapat menyedarkan keseluruhan Umat Islam khususnya warga kampus UTM tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh yahudi terhadap rakyat Palestin. Orang -orang yang terkorban di Palestin merupakan saudara seagama dengan kita dan kita akan dipertanggungjawabkan terhadap setitis darah yang tumpah akibat kekejaman yang dilakukan oleh Zionis. Hancur Yahudi, Jahanam Yahudi, Laknat Yahudi!!..Allahu Akbar

4 comments

  1. from: khabir UTP.

    Assalaamu'alaikum wrm wbt.

    Salam Ziarah!
    Salam Ukhuwah!
    Salam Perjuangan!

    Mabruk2!!! ya ikhwah wa akhowat Mujaahid, Mujaahidah PMIUTM.
    Semoga risalah ISLAM terus bersinar membawa rahmat keseluruh bumi UTM Skudai.

    Allahu-akbar!Allahu-akbar!Allahu-akbar!

    Sekian, Wassalaamu'alaikum wrm wbt.

     
  2. Anonymous Says:
  3. Assalammualaikum. ikhwah & akhwat fillah....

    Salam Perjuangan...

    Alhamdulillah...
    Masih ada yg prihatin dgn Palestin...
    Sehingga diadakan perhimpunan protes Israel...
    Pehimpunan diadakan selepas solat Jumaat...
    Alhamdulillah

    Tapi yg ana kesalkan adalah...
    Ana dikhabarkan ketika perhimpunan itu diadakan, imam didalam masjid sedang mengerjakan solat hajat untuk Palestin...

    Imam di dalam masjid sedang solat hajat utk Palestin dan kita diluar sedang adakan perhimpunan???

    Hmm pelik....

    Bukankankah lebih elok jika kita sama2 bersolat hajat terlebih dahulu utk Palestin, then baru kita adakan perhimpunan.. Solat lebih utama walaupun ianya hanya sunat...

    Afwan khatir jika ana silap...
    Tp itulah yg dikhabarkan...

    Jika ada yg silap harap dibetulkan..

     
  4. mgkn diorg dh solat hajat malam sblm nya lagi kot ;p imam tu lmbt sket..

    apa2 pn, ana rse bangga ngn shbt2 perjuangan sekalian.. di mana2 kita melaungkan slogan yg bunyi mgkn tak sama tp maksud ttp sama..

    tp jgn hanya laung shj.. mari kita buat sesuatu.. mgkn ikut kudrat yg kte ade kte join badan2 keamanan utk hulurkn bantuan, lg bagus pergi atas nama badan sendiri (selain dr boikot brgn amerika dn yahudi)



    akhir kata salam perjuangan!

     
  5. salam perjuangan...

    boikot barangan yahudi. isu Palestine adalah isu umat islam seluruhnya dan menuntut jihad dari setiap umat Islam. oleh itu mari berjihad memboikot barangan Israel.

    Allahakbar!

    semoga kita semua istiqomah!

     

PMIUTMedia

Facebook PMIUTM

Download Seruan Jumaat

(Seruan Jumaat ini adalah terbitan semester lepas, untuk download Seruan Jumaat semester ini bakal menyusul sedikit masa lagi. Kepada mereka yang berminat untuk menghantar artikel, bacaan menarik atau cadangan dan komen boleh menghubungi 013-7930998.)

Pengunjung