Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Gabungan Pertubuhan NGO Muslim Negeri Johor, bersama Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM serta Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti telah berusaha membawa Dr Yusuf Estes ke Johor Bahru dalam siri lawatan beliau ke Malaysia. Dr Yusuf adalah seorang pendakwah terkenal di USA dan seluruh dunia semenjak memeluk agama Islam. Beliau sebelum ini ialah pendakwah Protestan yang aktif. Program Dr Yusuf Estes di Johor Bahru yang akan diadakan seperti berikut:“Why are Scientists and Doctors turning to Islam for Answers?”
27 November 2008 (Khamis)
2.00 – 4.00 pm
Dewan CTL, Blok F54,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
“Do Dakwah Now!”
27 November 2008 (Khamis)
8.00 – 10.00 mlm
Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
Taman Universiti, Skudai
Semua dijemput hadir!!
Maklumat lanjut mengenai Syeikh Yusuf boleh diperolehi dariwww.al-nidaa.com.my atau www.yusufestes.com
Kisah beliau menganut Islam boleh dilihat melalui video di alamat berikut: Video
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 lalu telah membuat keputusan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.
Namun, begitu tidak sampai sebulan fatwa ini dikeluarkan sudah ada pihak tertentu tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Di bawah ini adalah video rakaman oleh Malaysiakini pada 7 November 2008 mengenai demontrasi menentang fatwa tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa tersebut, Prof Datuk Dr. Abdul Shukor Husin menyatakan fatwa tersebut dikeluarkan selepas mengkaji gejala ‘pengkid’ dan ‘tomboy’ semakin menular. Gejala ini amat membimbangkan umat Islam bukan hanya perwatakan seperti lelaki bahkan ‘golongan’ ini tidak lagi berminat dengan lelaki tetapi berminat dengan kaum sejenis.
Persoalannya disini, fatwa tersebut hanya untuk umat Islam, bukan melibatkan agama lain. Kenapa dalam demontrasi tersebut sebahagian golongan bukan Islam mempertikaikannya. Umat Islam tidak pernah mempertikaikan ajaran agama lain, kenapa mereka sibuk menggangu ajaran agama kita yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan.
Menurut Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:
(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang diPertuan Agong mewakilinya.
Masyarakat Islam di negara ini seharusnya sedar tindakan ini sudah melampau, bukan setakat mempertikaikan fatwa bahkan secara tidak langsung mempersoal tentang kedudukan agama Islam di negara ini. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kesucian dan kedaulatan agama Islam.
http://minda-mahasiswa.blogspot.com/