May 16, 2012

Selamat Hari Guru

| Read more...

Warga Persatuan Mahasiswa Islam UTM mengucapkan selamat menyambut hari guru buat insan yang telah atau sedang atau akan bergelar sebagai seorang guru. Pekerjaan sebagai seorang guru adalah satu profesion pekerjaan yang sungguh mulia. Ada banyak dalil yang Allah memuliakan golongan yang berilmu dan salah satu hadis yang memuliakan guru ialah guru yang memberi dan menyebarkan ilmu yang berguna adalah insan yang mulia di sisi Allah. Nabi pernah bersabda, maksudnya: 

“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak salih yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

video

Hadiah khusus kepada semua pengajar di semua peringkat institusi pembelajaran
Pengerusi Lajnah Sukan dan Kebudayaan
Persatuan Mahasiswa Islam UTM




OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Gnru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID

2 APRIL 1988

May 15, 2012

15 Mei - Nakbah Palestin

| Read more...
al aqsa 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Pagi ini, dunia interaksi facebook disuburi foto-foto tanda sokongan kepada Solidariti Palestin. Warna coklat yang menjadi warna foto-foto profil komuniti adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entitit zionis Israel ke atas Banduan Berani Mati. dan logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel". Ianya tercetus dari perkongsian dari page Kelab Ikram di Mesir yang menggegarkan komuniti untuk menyokong kesedaran ke atas Mogok Lapar yang terbesar dalam sejarah...lebih 3000 tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar kini..jumlah hari mogok lapar yang tertinggi adalah 76 hari, manakala melebihi 2000 tahanan melaksanakan mogok  kini menjelang hari ke 27.SubhanaAllah dalam beberapa jam sahaja berjuta-juta profil foto ditukar menunjukkan keprihatinan komuniti terhadap perkara ini.

Alhamdulellah , after the great solidarity of millions of people with the Palestinian prisoniers , their hunger strike succeed and "israel" accepted their demands

Thank you everybody who changed his profile picture as a solidarity with them because israel was surprised to see more than 2 millions and 250000 persons changed their profile pictures in only few hours last night as a solidarity with Palestinian prisoniers.

Also thank you everybody who protested supporting them , at least we did something to Palestine ..

Now people are so happy in Palestine and they are celebrating this small victory .Alhamdulellah , the hunger strike is over and the prisoniers got what they wanted !! alhamdulellah ! alhamdulellah ! alhamdulellah !

For those who did not show solidarity , may Allah give you another chance to do something to Palestine ameen "



untuk dikongsikan kali ini adalah tarikh 15 Mei ini yang menyingkap sejarah 64 tahun lalu, nakbah berlaku, di mana komuniti Palestin dihalau keluar buat pertama kalinya dari tanah tumpah darah mereka sendiri, oleh Rejim Zionis. Sejarah itu belum berakhir hingga kini, mogok lapar ini adalah cetusan dari sejarah ini. Menurut Dr Zainur Rashid Zainuddin di blognya, 

"NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. 

Tahun 1896, idea penubuhan negara Yahudi yang khas untuk komuniti Yahudi dicetuskan oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl, telah dibukukan dalam Die Judem Stat. di bawah pimpinannya, Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) ditubuhkan dan era aktiviti politik Zionis bermula, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin. Diikuti oleh Deklarasi Balfour, tanda sokongan British terhadap pertubuhan negara ini yang terang-terang mencabuli perjanjian antarabangsa. peristiwa Holocaust di bawah pimpinan Hitler dengan kerjasama pimpinan Zionis berlaku di Eropah, yakni penubuhan Zionis di Eropah secara beramai-ramai untuk tujuan mempercepatkan pemindahan Yahudi Eropah ke Palestin. Sejak tahun 1933, bermula ratusan ribu Zionis Eropah secara beramai-ramai berpindah,  sedikit demi sedikit tanah palestin dirampas. menurut Dr Zainur lagi,

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.

Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami selama 4500 tahun lamanya. Tentera liga ini dikalahkan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga meresap ke dalam pimpinan liga itu sendiri.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel  yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan : Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi Palestin. 
tarikh 15 Mei ini amat bermakna buat Yahudi, 64 tahun penaklukan mereka, amatlah tidak setuju jika kita bersedih duka dengannya, ia seharusnya menjadi suntikan semangat berterusan menentang kekejaman mereka bagi mengembalikan semula sejarah 64 itu dengan menghalau Zionis keluar dari negara Palestin ini. Menurut Dr Zainur lagi, 
Sebenarnya kelihatan semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita  akhiri era sombong mereka itu.
1-Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intiadah yang ke 3 dengan persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.
2-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.

3-Kelahiran semula generasi al Qur’an yang unik di kalangan masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah adalah aset penting bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran dan keadilan.
4-Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan Sementara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir di Mesir ini begitu kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke atas Israel.
turkey jet 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
5-Kebangkitan Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan bongkak selama ini.
6-Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yan lalu.
7-Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian untuk menjayakannya.

8-Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel (Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang
9-Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.
10-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.
Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini. Semoga kita berjumpa di Masjid Al Aqsa yang bakal dibebaskan kelak ! Ayuh sama-sama lahirkan solidariti kamu..sebar-sebarkan.


rujukan,

Ridzuan Said,
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Multimedia,
PMI UTM




May 11, 2012

MUTIARA SRIKANDI, semakin menawan hati

| Read more...

Setiap Jumaat pada minggu kuliah di bumi UTM ini, akan menarik perhatian ramai wanita-wanita, dan siswi-siswi, bukan sahaja di kalangan warga UTM malah turut mendapat sambutan dari kalangan pekerja di luar UTM yang mengisi ruang rehat mereka sebaiknya di majlis ilmu ini..alhamdulillah, turut tercakna warga bukan muslim hadir bersama. pendekatan yang di bawa oleh majlis ini bukan sahaja khas buat muslim malah menyentuh keseluruhan aspek duniawi dan ukhrawi jua.. kapasiti dewan Al Ghazali kadang kala amat-amat dimaksimumkan, hingga para hadirin tidak kisah untuk duduk bersila di lantai untuk berkongsi pengisian dari penceramah-penceramah yang hebat. 

tajuk mingu ini adalah Hutang Puasa, menyambut baik bahang Ramadhan yang mendatang..di bawakan oleh ustazah kegemaran banyak hadirin kita iaitu Ustazah Syarifah Fatma Syed Mohd Al-Masyoor yang bagaikan seorang ibu kepada anak perempuannya apabila beliau berbicara.. 

ayuh sebar-sebarkan kedatangan majlis ilmu Mutiara Srikandi ini, mari bertemu lagi, setiap jumaat jam 12:30 tengahari. Tajuk yang medatang untuk bulan Mei ini


Walimatul Urus: Walimah Yang Diberkati
Kesihatan: Minda
Motivasi: Man Jadda Wa Jadda " Siapa yang Berusaha Dia Yang Berjaya"



Antara pengisian-pengisian yang lepas


May 10, 2012

Pendirian PMI : PMIUTM Menyelar Berita Berunsur Lucah Utusan Malaysia dan Kosmo

| Read more...

  1. Berikutan dua kes penyebaran berita yang berbaur lucah oleh media arus perdana Utusan Malaysia dan Kosmo pada 2 Mei 2012, mahasiswa Islam menyedari bahawa media arus perdana semakin dicemari unsur-unsur kotor dalam penyebaran maklumat.
  1. Berita-berita murahan daripada blog-blog dan cybertrooper upahan yang kurang bukti yang sahih serta bercampur dengan fitnah adalah sumber berita kelas bawahan. Berita seperti ini tidak seharusnya menjadi rujukan utama kepada sebuah akhbar yang berkredibiliti dalam menyampaikan berita yang sahih kepada rakyat.
  1. Menggunakan akhbar dan media arus perdana dalam menjatuhkan lawan politik dalam parti tertentu dalam media arus perdana adalah tindakan keji dan terkutuk. Politik baru memerlukan politik hikmah bukan politik fitnah.
  1. Teknologi suntingan gambar yang semakin pesat pada hari ini memerlukan ketelitian dan kepakaran sebelum penyebaran berita dan tuduhan terhadap mana-mana pihak. Akhabr dan media perdana harus merujuk pakar-pakar dalam teknologi digital forensik sebelum menyebarkan berita daripada sumber digital.
  1. Pihak yang difitnah berhak dibela dan maruah individu tersebut serta keluarga perlu dipelihara agar tidak merosakkan hubungan beliau dengan rakan-rakan dan keluarga. 
  1. Akhbar seharusnya menjadi suatu mekanisme yang berkesan dalam mendidik rakyat dalam membentuk modal insan yang berkualiti serta dapat membangunkan negara. Justeru, dengan penerbitan berita seperti ini sebenarnya telah lari daripada peranan.
  1. Ingatlah wahai pengamal media, sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan hatta berita yang disampaikan walaupun tidak bernama akan dihitung di akhirat kelak. Sebarkan berita yang sahih agar tidak terjerumus dalam maksiat menfitnah. Media yang tidak berintegriti akan ditolak oleh rakyat.
Allah berfirman, maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan, melainkan ada di dekatnya Malaikat pengawas yang selalu hadir”. [Qaf : 18].


Munzir Musa
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Tekonologi Malaysia
::PMI BERSAMAMU::
https://www.facebook.com/notes/munzir-musa/nyahkan-berita-lucah-utusan-malaysia-dan-kosmo/387014491339575

May 9, 2012

PMIUTM menyambut baik penganjuran Minggu Generasi Rabbani 2012

| Read more...
Oleh : MyLPM


Program Malam Layar Keinsafan anjuran bersama PMIUTM  & BADAR K10

Tarikh 10/05/2012 adalah salah satu sejarah baru bagi UTM dengan berlangsungnya Minggu Generasi Rabbani di kampus Universiti Teknologi Malaysia(UTM). MINGGU GENERASI RABBANI dianjurkan oleh KTC dengan kerjasama K9-10. Program ini juga disokong oleh semua kolej-kolej kediaman di UTM. Program ini adalah satu program yang berbentuk program kerohanian yang menggabungkan setiap kolej-kolej kediaman di UTM dan matlamat utama MGR ialah melahirkan individu yang memahami dan taat pada agama.

Bersesuaian dengan hadis baginda Rasulullah SAW mafhumnya :

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W. sabdanya: Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.


Di antara aktiviti-aktiviti yang menunjukkan kesempurnaan dan keindahan Islam akan turut diadakan bagi memenuhi tema 'bersama membina generasi rabbani' seperti

1)Al-Muqaddimah (Iftar dan forum)
2)Malam Layar Keinsafan ( Anjuran bersama PMIUTM & BADAR Kolej 10)
3)Muhibbah 1Malaysia
4)Konsert UNIC


Majlis iftar di Masjid Sultan Ismail,(MSI UTM)

Forum Dianjung Cinta "Kahwin Muda"
Amali penyembelihan
Konsert kumpulan nasyid tersohor di tanah air UNIC
 
MGR turut mengadakan beberapa pertandingan berkumpulan yang menepati tema 'bersama membina generasi rabbani' seperti:
1)Pertandingan nasyid
2)Kembara insaniah
3)Imam Muda
4)Ladies Night


Pertandingan Pidato

Kembara Insaniah

Imam muda & Ladies Night
Semoga program seperti ini dapat diperbanyakkan dan diteruskan pada masa-masa yang akan datang tidak kira daripada anjuran mana-mana pihak. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur.  

Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia

::PMI BERSAMAMU::

penyokong

Terima Kasih Followers

Download Seruan Jumaat